[Kata-Kata] Hari Raya, Hari Mulia!

By Tuesday, September 06, 2011 ,




Di waktu Subuh, di pagi yang heboh dikatakan mulia dan di hari yang diagung-agungkan manusia lebih dari 30 Ramadhan. Aku msih terdampar di kamar merenung jarum kontot pada angka 10. Teriknya suria menerkam mata. Lebih terik dari yang biasa-biasa. Lantas kutarik jendela, kusambung lena...

Sekali lagi mimpi diganggu dek suara pengacara di kaca tv. Walau malas, walau kutahu apa jadualnya hari ini, kubangkit mengemas kamar. Kala itu jugalah, si jiran yang kacak dan keluarganya terpancul di pintu. Arghhh, kenapa sekarang, Aku Malas!

T-shirt semalam dan seluar sukan kusarung. Selamba. Aku dah kata, aku malas kan? Mereka keluarga bahagia, seindah taman firdausi?! Jangan kamu risau, aku suka mereka!

Jadinya hari itu bermula dan berakhir tanpa ada yang istimewanya. Apatah lagi di waktu malam, mahu sahaja kubuang mereka semua ke laut. Aku memang kejam, kamu baru tahu kan? Maka, aku berdoa pantaslah berlalu 29 hari lagi. Aku Malas!

Kemudiannya juga seperti biasa, habiskan masa di dalam mobil sambil berdoa cepatlah berlalu 28 hari ini. Ya, kamu tahu jawapannya, Aku Malas!

Berpura-pura bukannya payah apatah lagi menayangkan satu lakonan yang mantap. Argh, enteng bangat deh. Jadi Ahmad Idham, berikan apa sahaja karektor kepadaku nescaya filemmu akan box-office. haha..

Kan aku dah kata akhirnya hari ketiga seperti yang sudah kutulis diminda ini. Heh, bukan aku yang berdoa memang sudah tercatat di garisan tangan kita semua. Sebab itu dari awal aku katakan yang....sila jawab kalian semua aku apa?? 

Aku Malas!

ya, ya, Aku sayang ibu, ayah dan kakakku ini...SELAMAT HARI RAYA semua... ^^
Aku memang suka menulis. Menulis sesuatu yang berpuitis sambil menghirup nescafe ais kegemaranku. Memberikan sesuatu yang bernilai untuk kalian bacakan. Mengekspresikan segala kekusutan, kekalutan, kesuraman dan kadang-kadang sahaja kebahagiaan dalam minda kecilku ini.

sorry guys, this is totally in Malay..hehe..Thanks for reading yarr.....

xoxo


You Might Also Like

2 comments

  1. x sangka berjiwa sastera jugak SZ ni ye...hehe

    ReplyDelete
  2. haahha...bce novel mmg malas tp wat2 ayat jiwang ni mmg suke! haha =D

    ReplyDelete

I'd appreciate any comment with the used of proper words and courteous attitude. TQ so much for viewing, reading and commenting. =)))