Hati Seorang Aku
Nami Island, Korea | November 2015
Hancur lagi
Hati Seorang Aku
Yang rupanya tiada nilai padamu
Yang bisa kau ambil bila mahu dan lontar bila tawar
Tawar yang kau cipta sendiri
Ketidakpastian yang kau biarkan merasuk jiwamu
Tidak sekali cuba kau mencari sababnya
Tidak sekali cuba kau mencari jalan solusinya
Supaya bunganya terus mekar
Namun kau relakan ianya melayu
Sedetik pun tidak kau fikirkan Hati Seorang Aku!
Melakonkan watak naif
Memberi harapan setinggi gunung
Dan akhirnya
Membuatkan air mata seorang perempuan jatuh
Kau lebih pada jahat
Pendosa!
Dari Seorang Aku Yang Bodoh
Membuatkan air mata seorang perempuan jatuh
Kau lebih pada jahat
Pendosa!
Dari Seorang Aku Yang Bodoh
1 comments
OMG!.. Why why?? anything nak cerita?
ReplyDeleteI'd appreciate any comment with the used of proper words and courteous attitude. TQ so much for viewing, reading and commenting. =)))