Pengalaman 4D3N naik Genting Dream Cruise - Cruise Halal Pertama di Dunia

 

Salam and Hi Traveler!

Kalau korang follow rapat instagram @sizzlingsuzai sure korang tau last few months, saya dan makcik Diana berpeluang merasai percutian atas kapal Genting Dream Cruise. satu-satunya kapal mewah yang HALAL pertama di dunia ini adalah milik syarikat Resorts World Cruises. 

SO APA YANG HALAL TU?

Talking about HALAL. Alhamdulillah bahagia rasa bila orang yang berlainan bangsa dan agama tapi perihatin dengan keperluan dan permintaan kumpulan yang lain. haa saya kagum dengan inisiatif mereka untuk menarik lebih ramai golongan Muslim untuk bercuti di atas kapal mewah dengan rasa yakin dan selesa. kudos RWC!

So apa yang HALAL tu? the foods guys! Alhamdulillah di atas Genting Dream Cruise ini ada satu restaurant yang dinamakan LIDO RESTAURANT yang mendapat pensijilan HALAL. korang boleh check out post Kak Min click sini untuk lebih detail tentang persediaan makanan di atas cruise ni ya. siap ada lift khas untuk bawa makanan halal sahaja ok.


PENGALAMAN PERTAMA NAIK CRUISE

Alhamdulillah sebenarnya dah lama saya simpan angan-angan nak naik Genting Dream Cruise nak remake scene 'Titanic" kan or mungkin bertemu jodoh cinta mati macam movie hindustan "Maan" LAH! tapi asyik postpon je. HAHA maklumlah bila ada duit je beli ticket flight lol so thanks a lot to KakiTravel.Net yang memberikan saya peluang collaboration ini.

Memang excited lah kita cerita dia HAHA and this trip was my very first oversea trip after Covid! so, disebabkan ini kali pertama nak naik cruise, ada beberapa tips yang sangat berguna yang telah dikongsikan oleh member-member saya yang dah pernah naik. tq guys!

Apa yang korang kena tahu?

1. Perjalanan bermula di "Port Klang Cruise Terminal" dimana korang boleh parking kereta di situ. RM20 dikenakan untuk setiap kenderaan. Passport jangan lupa bawa guys! fyi passport korang dan akan disimpan oleh pihak kapal waktu nak naik ke atas kapal lepas melalui immigresen kaunter

2. korang akan diberikan kad nama untuk dipakai sepanjang masa di atas kapal sebab "identity card" macam kad pengenalan diri lah. contoh bila nak masuk restaurant untuk makan je korang perlu tunjukkan kad ini untuk diimbas (scan) oleh staff, kalau takde ha tak boleh masuk resto lah jawab nya.

3. Satu tips yg paling best dari Sis Nadkw, bawa BOTOL air sendiri. ya Allah heaven nya guys setiap kali buffet breakfast, lunch, dinner and supper ada free flow coffee!! jadi saya dok refill lah botol air kat tangan saya tu dengan coffee dan ke hulur ke hilir lah bawa! FREE COFFEE for 4 days guys HAHA Alhamdulillah nikmat mana yang kau dustai lagi guys?

4. Sharing dari Sis Nad juga haha katanya tak boleh bawa iron di atas kapal ni. so saya pun siap-siap lah iron dari rumah dan angkot je baju pakai hanger, demi #ootd guys gigih kan?

5. Oh toilet dalam bilik takde bidet! tapi takpe sebab sinki dan tempat membuang dekat je HAHA jadi convenience je, korang bawa lah travel bidet sendiri or botol pape untuk tujuan mencebok ya LOL

6. Ini pulak perkongsian yang sangat membantu dari Nuar Penaberkala bila korang masuk je dalam kapal dah check in bilik, terus pergi ke area lift, cari digital monitor ini untuk scan QR code "RW DAILY" untuk keep update dengan "Daily Activities & Events"

Segala info tentang makan start pukul berapa & dekat mana (HAHA MAKAN JUGA NO SYAHTU!) , showtime pukul berapa & dekat mana, movie apa hari ni?, FREE activiti apa yang bole buat? dan macam-macam lagi ada dekat schedule tu ya.

7. Nuar juga dah advise saya, masuk-masuk je kapal, GET FAMILIAR with ship layout dulu. korang pergi tengok ship layout dekat lift dan fahamkan kedudukan bilik korang. basically kapal terbahagi kepada 3 bahagian; FWD (Depan), MID (Tengah) & AFT (Belakang) dan ada 18 DECK (Tingkat).

8. haa selain smartphone, WiFi memang jadi nyawa kedua lah zaman skg ni. HAHA mana boleh tak update IG Story guys? nurtijen harus tau korang tengah berlayar di atas kapal mewah merentasi lautan cinta gtuh HAHA so jawapannya WiFi TAK FREE guys! WiFi kena beli ya HAHA scan QR code untuk purchase. sama je caranya cari digital monitor tu ok. Boleh check KakiTravel.Net untuk maklumat lanjut

9. FYI segala pembayaran di atas kapal cruise adalah dalam currency SGD Sin Dollar. nak senang, siap kan credit card lah untuk bayor-bayor tapi seriously memang korang tak perlu beli apa pun, makanan terlebih cukup guys! cuma ada ship taxes sikit korang kena bayar at the end of the trip. saya tak ingat berapa lah nanti korang confirmkan dengan agent ya.

10. Ni pun banyak orang tanya, berbaloi turun ke tak kalau dan sampai Singapore & Phuket tu? its really up to individual dan FYI kalau korang tak nak turun cruise pun boleh je lah and still boleh guna je facilities yang ada seperti swimming pool.


4D3N Port Klang -> Singapore -> Phuket -> Port Klang

Random kenal atas kapal and jetty, we're sharing the taxi going around Phuket Town.
Hi guys kalau ada yang baca sini komen hi sikit haha thanks for the memory :)

Basically the itinerary 4D3N Genting Dream Cruise is like

DAY 1 - The voyage of the ship from Port Klang

DAY 2 - Arrived in Singapore at about 8am. you can disembark from the ship and comeback by 2pm

DAY 3 - Arrived in Phuket at 5pm. you can disembark from the ship and comeback by 12am

DAY 4 - The ship schedule to arrive back in Port Klang at 8pm.


10 FREE ACTIVITIES ON CRUISE

Haa 4 hari atas kapal tak rasa guys! kalau ikot saya korang memang KENA PLAN SECARA KASAR, decide dulu nak turun ke SG and Phuket atau tak? then apa daily activity yang korang nak buat atas kapal? bukan apa dah bayor guys rugi lah kalau tak enjoy segala facilities and activities yang ado kan.

Jangan risau memang tak dapek lah nak enjoy semua tapi ini cadangan saya 10 FREE ACTIVITIES on Genting Dream Cruise yang wajib korang try

1. MAKAN TETAP NO.1 SYAHTU guys! HAHA tolong lah jangan lepas kan 4 buffet spread dekat Halal Lido Restaurant ni. dari breakfast, lunch, dinner and supper, masyaallah semua sedap guys. saya tak tipu turun cruise saya naik 3kg guys!

2. Showtime of the night. ini memang satu tarikan utama Genting Dream Cruise dan memang rugi kalau korang terlepas. jangan risau setiap malam ada show, korang boleh pilih yang penting MAKE SURE SAMPAI DI VENUE 45 MINIT SEBELUM showtime bermula. ramai guys ramai orang so amek masa tapi smooth.

3. Zipline + Ropes Course Challenge haa untuk yang sukakan adventure, game ini memang wajib lah. saya cadangkan hari pertama korang pergi terus sebab kami main hari terakhir beratur panjang wei bergadoh-gadoh orang beratur HAHA lawak hari pertama takde siapa pun pandang! WAJIB PAKAI KASUT SUKAN atau yang bersesuaian kalau tak tak boleh main ya.

4. Wall Climbing ini memang favourite saya lah. simple je sesuai sangat untuk beginner. benda FREE guys rugi tak main.

5. Open Pool + Sauna + 6 Water Slides! OK swimming pool malas nak highlight tapi guys tolong lah pergi try water slide tu ada 2 jenis satu biashe2 aja yang lagi satu OMG extreme level dia memang adrenaline rush sangat memang favourite lah. 2x gak naik brader yang jaga pun tegur "you're so brave" HAHAHAH kecut perut sebenarnya tapi best giler!

6. 24 hours Gym OK gym enthusiast or fitness freak no worry ya. 24 hours gym FREE ACCESS depa bagi! haa cuma kena pakai kasut sport lah ye kalau tak memang tak dibenarkan masuk lah. 

7. Open Karaoke ini lagi lah favourite saya! HAHA rugi siapa tidur awal atas kapal ni FREE karoks guys start at about 11pm macam tu end at 2am. 4 jam tu sekejap je guys ko plak kena berebut dengan orang lain tunggu turn haha tapi it just for fun. layan je FREE plak seronok lah.

8. Salsa Dance Class OK ni special sikit, bila lagi kan? benda FREE yang seronoknya semua family je dalam kelas ni, budak-budak bapak budak kakak budak mak budak semua bersepah menari HAHA kelakor ye. it was really fun!

9. Bar 360 : Free Live Performance kalau dah bosan sangat semua korang takmo buat HAHA pergi lah lepak dekat area Bar 360 ni layan free live performance.

10. Cinema At Sea : Free Movie wah ini memang best sebab outdoor cinema dia open concept dah nama pun outdoor HAHA so layan movie di bawah sinaran bulan ah gtuh. ah kalau pergi dengan suami kan best boleh kepit abg syg kita hmmmm...  LAH BERANGAN KAU! HAHA terpaling single hampeh!


SO HOW TO BOOK GENTING DREAM CRUISE?

Soalan yang paling banyak saya dapat dekat DM IG. ha nah jawapannya guys, korang boleh check out travel agent kami yang terbaik ni GRAND HOLIDAYS TRAVEL & TOURS yang menguruskan segala pembelian ticket kami.

BERAPA COST? Mudah guys korang boleh DM atau WhatsApp terus pihak GH untuk tahu pakej apa yang ada bersesuaian dengan budget korang sebab ada macam-macam type of room dari yang paling standard sampai lah ke level PALACE ya. ha saya sarankan korang direct chat with GRAND HOLIDAYS TRAVEL & TOURS

GRAND HOLIDAYS TRAVEL & TOURS

Official web : www.grand.my

Instagram : GRAND HOLIDAYS TRAVEL & TOURS

Phone no : +60167139806 (WhatsApp)

Thanks for reading!

xoxo


Post a Comment

1 Comments

  1. Memang best kan? Atleast utk pengalaman once in a lifetime..btw tq backlink kte

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Thanks for reading!