Resipi Ayam Masak Kam Heong

By Monday, June 27, 2016 ,


Salam Ramadhan..

Hai bertemu lagi kita dalam rancangan Ketuk Ketuk Ramadhan oleh Chef Suzai! haha dah lama tak share on any recipe kan haha yet that is NOT the main idea of this blog lah kan although i masak je selalu and selalunya pun masak benda sama Ayam masak sambal tak habis habis masak tu je because that is me and my family punya favourite haha bosan kan? lol

OK ni yang malas karang dalam bahasa ni because the probability untuk saya merepek dan merapu tersangat la tinggi hehe so blogpost resipi ini terhasil kerana ramai pulak yang bertanya camne nak masak dish ni since i've shared it on my Snapchat, eh dah alang-alang tersebut tuh sila lah FOLLOW SNAPCHAT saya @SizzlingSuzai yer. hahaha so here we are

Masak Kam Heong ini asalnya memang chinese cuisine lah dah nama pon dalam chinese kot and the best bile masak dengan Ketam perghhh lagi terangkat dari ayam ni but still ketam boleh udang boleh ayam pon boleh tak de hal. walaupun banyak je blog ahkak ahkak dah update resipi ni saya nak jugak share cara masak saya ye. hehe so bahan bahan dan cara caranya adalah


BAHAN BAHAN

1) Ayam potong kecik, kalau isi je lagi bagus
2) Minyak bijan
3) Sos tiram
4) Kicap (and sepatutnya memerlukan Kicap cair juga huhu tapi saya takde so tak guna)
5) Bawang besar
6) Bawang merah
7) Bawang putih
8) Cili api (banyak la sebab kalau pedas lagi sedap)
9) Serbuk kari (dalam 2 sudu besar)
10) Udang Kering
11) Daun kari
12) Cili Kering (optional)
13) sedikit air
14) Minyak masak of course......

 **P/s kalau ada sayur Bendi, potong serong serong masukkan sekali! tapi cerita nya saya takde masa ni hahaha so takde lah tapi kalau order kedai memang dorang letak lah :)


Step 1

Bismilah. kita mulakan dengan goreng ayam tu dulu. saya letak lah kunyit sikit. Err sebenarnya kan bila saya makan kat kedai Chinese Muslim Hj Sharin Low tu saya tak rasa dorang goreng ayam tu dulu. so, saya cadangkan kalau goreng pun tak yah sampai garing macam saya ni ye, dah makan rasa kurang uhmm plak, goreng ala ala je ye. huhu so, it depends on you guys yer tapi kalau KETAM or UDANG memang kena goreng dulu tau. wajibul ghunnah!


Step 2

Sambil sambil tu sediakan bahan bahan menumis (har menumis kauw ahkak ahkak angat! haha) cam biasa Bawang Putih, Bawang Merah and Udang kering sila lah tumbuk. Cili api tu elok dipotong kecik kecik macam tu je, tak payah tumbuk reason dia saya tau tau napa tapi tak yah tumbuk tau haha and Bawang Besar potong 4 or kalau kedekut and kehabisan bawang seperti saya potong lah 6 LOL


Step 3

Har step 3 or step terakhir paling senang HAHA lontarkan je SEMUA bahang bahang di atas kecuali bawang besar apabila minyak sudah panas. kacau kacau lepas tu masukkan lah Sos tiram, Kicap and Minyak bijan tu dan sediki air bagi berkuah sikit. sebenarnya kaler dish ni memang hitam hitam sikit so, kalau ada kicap cair tu memang terbaek tuangkan sampai warna dia jadi hitam hitam ye tapi jangan lah sampai masin. Garam malas nak cakap sebab tak reti nak advise, so ayat chef chef, puan puan letakkan garam sesedap rasa yer, haha


Step 4

Woiiii AYAM JANGAN LUPA LETAK!! HAHAHAHHAHA dengan bawang besor tadi!

Step 5

kacau kacau SIAP! dah boleh hidang, thanks for those who interested and menggalakkan saya untuk mengeshare secepat mungkin haha a special shout out to Ayue Idris and my sister Along tak comel LOL selamat mencuba and Selamat Berbuka Semua!

Photographed by SizzlingSuzai

xoxo

You Might Also Like

2 comments

  1. Wah..nampak menggiurkan....mohom share Resepi ye....

    ReplyDelete
  2. minyak bijan takda lah pulakkkkkkkkkkkkkkkk..udang kering pun takda sebab tak pakai selama ni.. hahahh..nak kena beli ni. sedap oi!

    ReplyDelete

I'd appreciate any comment with the used of proper words and courteous attitude. TQ so much for viewing, reading and commenting. =)))