7 Sebab The Wedding Heritage ialah Banglo Kahwin No.1 di Malaysia

By Thursday, February 16, 2017 ,


"Perbezaan kahwin di dewan dan di TWH, pengurusan TWH akan memberikan lebih masa lebih-lebih lagi selepas majlis untuk keluarga pengantin membungkus makanan dan merehatkan diri selama 2-3 jam. Jadi bagi tetamu yang terlewat masih boleh berjumpa pengantin dan seperti berada di rumah mereka sendiri." The Wedding Heritage (TWH)

The Wedding Heritage berpegang pada konsep "Cuci Tangan" dimana pada era moden ini, para bakal pengantin mencari sebuah venue yang lengkap segalanya; ruang majlis yang besar dan selesa, buffet katering, pelamin serta kelengkapan perkahwinan dan all the basic needs for a wedding ceremony! jadi masalah selesai kerana anda tidak perlu lagi untuk mencari segala servis ini di butik-butik pengantin lain kerana semuanya sudah pun ada disediakan oleh pihak The Wedding Heritage.


TWH menawarkan pakej lengkap perkahwinan (ALL In Package) di banglo mewah pada harga yang sangat mampu milik bermula hanya RM9,500 sahaja dan dengan deposit bayaran serendah RM2,500 untuk penempahan. Setelah 2 tahun beroperasi, kini TWH telah mempunyai 2 cawangan: Taman Sri Ukay, Ampang dan Seksyen 6, Kota Damansara. Jadi 7 sebab mengapa TWH  ialah Banglo Kahwin No.1 di Malaysia


1. Venue yang luas dan Dekorasi yang indah

Ruang majlis yang besar dan selesa sangatlah penting untuk sesuatu venue itu kerana salah satu sebab mengapa pelanggan memilih untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka di TWH kerana kawasan perumahan mereka yang mempunyai ruang terhad dan sempit dan mungkin juga lokasi rumah mereka yang kurang sesuai menimbulkan masalah parking untuk para tetamu yang hadir.


2. Bilik persediaan & Homestay 

Terdapat bilik persiapan pengantin, surau, bilik rehat tetamu, tandas dan ruang tamu bagi keluarga. Malah di Banglo Kota Damansara kita turut mempunyai penginapan homestay 2 hari 1 malam jika menempah perkahwinan di banglo TWH. Ruang-ruang ini sangat selesa bagi ahli keluarga yang sudah berumur atau mereka yang mempunyai anak kecil untuk menyusukan bayi.

Di samping itu persiapan ahli keluarga juga seperti berada di rumah sendiri, yang mana keperluan asas seperti hotel. Contohnya, seterika, pemanas air, kelengkapan mandian, tuala malahan lebihan tilam dan bantal turut disediakan. Malah ahli keluarga juga boleh solat berjemaah bersama ketika majlis


3. Buffet katering 

Jangan risau kerana TWH bukan sahaja menyediakan ruang majlis tetapi didtangkan juga servis katering. Nah anda tak perlu lagi untuk mencari buffet makanan kerana semuanya ada di sini. Pelanggan juga boleh menambah street food seperti kambing golek, apam balik, pisang goreng cheese, abc, asikrim sebagai menu sampingan utk memeriahkan lagi majlis mereka. Pelanggan juga boleh menolak mana-mana item yang tidak diperlukan dan sepastinya harga juga akan berkurangan.


4. Kelengkapan Perkahwinan (Pelamin)

Pelamin nan indah adalah salah satu 'basic need' bagi setiap majlis perkahwinan walaupun acara bersanding bukan lah wajib dari sudut agama. Namun, memiliki pelamin yang cantik dan mengikut citarasa sendiri adalah satu kepentingan untuk setiap bakal pengantin perempuan. Ahaks!

Jangan risau kerana dari gambar-gambar pelamin ini, saya percaya ramai yang setuju bahawa pelamin dan hiasan oleh pihak TWH sangat mengujakan! FYI setiap tempahan pelanggan akan diuruskan oleh ‘senior wedding planner’ yang dilantik menjadi ‘floor manager’ pada hari majlis diadakan.

TWH akan memberikan bingkisan idea yang terbaru mengikut trend dan memberikan nasihat yang terbaik utk bakal raja sehari. Pengurusan turut mennyediakan servis RELA secara percuma untuk mengawal lalulintas semasa majlis dijalankan. Setiap item yang disediakan oleh pengurusan akan dipastikan kualiti berada pada tahap yang terbaik


5. Kelengkapan Perkahwinan (Baju Pengantin)

Nah, bukan setakat pelamin, baju persalinan untuk para pengantin juga turut disediakan! Disebabkan ini, TWH sering menjadi pilihan utama bagi mereka yang merancang perkahwinan saat akhir kerana TWH lengkap dengan segala keperluan yang dicari. Walaupun dengan hanya tempoh dua minggu tempahan jika masih ada tarikh kosong TWH akan mampu menguruskannya kerana mempunyai vendor yang terbaik dan berkualiti. Sila hubungi pihak TWH untuk maklumat lanjut!


6. Kelengkapan Perkahwinan (Servis fotografi)

Apa lagi yang anda perlu fikirkan kerana servis photography turut ada disediakan oleh pihak TWH. gambar-gambar yang anda lihat di sini semunya dari pihak TWH sendiri atau anda bole ke official page TWH the wedding heritage untuk mendapat lebih kepuasan. 


7. Full Package

OK pakej-pakej yang ditawarkan ini hanyalah guideline untuk setiap pelanggan yang berminat. anda berhak untuk menentukan pilihan anda sendiri. Pengurusan TWH juga boleh mengeluarkan quotation secara custom mengikut bajet pengantin. Namun kelebihan untuk menempah tarikh hanya dengan deposit hanya sebanyak RM2500 sahaja. Pengurusan memberi masa dan ruang untuk pengantin mengumpul bajet perkahwinan sehingga 3 bulan sebelum majlis perkahwinan, barulah pengantin diminta untuk melakukan pembayaran yang seterusnya. Jadi apa tunggu lagi?!


Official Social Media


#TheWeddingHeritage #PakejKahwinLengkap #BangloKahwinNo1


xoxo

You Might Also Like

0 comments

I'd appreciate any comment with the used of proper words and courteous attitude. TQ so much for viewing, reading and commenting. =)))