JAKEL Barulah Raya now available ONLINE - Jakelstore.My

By Saturday, May 11, 2019 , ,


Salam Ramadhan!

Yess JAKEL Raya is back !! Sempena Syawal yang bakal menjelma, setiap lapisan masyarakat sedang sibuk membuat persiapan raya lebih-lebih lagi dari segi pakaian! Nah, pusat gedung tekstil no.1 di Malaysia JAKEL mengambil inisiatif dengan mewujudkan sistem “one stop centre” di setiap cawangannya bagi memudahkan pelanggan untuk mendapatkan pakaian raya berjenama pelbagai selebriti di bawah satu bumbung! 


RAYA SEDONDON DENGAN JAKEL


Cantik kan sedondon begini satu keluarga? Dengan misi "one-stop-centre" JAKEL yakin bahawa setiap pelanggan JAKEL pasti dapat memilih pakaian raya yang memusakan hati satu keluarga! kesemua koleksi pakaian keluaran JAKEL mementingkan pemilihan fabrik berkualiti tinggi, permainan warna yang bersesuaian dan perincian rekaan yang kemas dan rapi. Gabungan kombinasi  ini lebih fashionable dan “up to-date.


PELANCARAN JAKELSTORE.MY 


Apa yang terbaru pada tahun 2019 ini? Tahniah JAKEL kerana telah mengorak selangkah lagi dalam industri fashion di Malaysia dengan melancarkan ONLINE STORE nya di laman web WWW.JAKELSTORE.MY ! Menurut Datuk Hj Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel iaitu Pengarah Urusan  Kumpulan Jakel, kesemua koleksi baju raya selebriti ini akan dijual secara online.

Maka mudahlah untuk pelanggan JAKEL yang tinggal jauh dari kota untuk mendapatkan produk JAKEL. selain itu, pelanggan JAKEL yang berada di serata negeri tdak perlu bersusah-susah lagi untuk datang sendiri ke butik-butik JAKEL secara fizikal kerana mereka hanya boleh membuat tempahan di rumah sahaja menerusi platform WWW.JAKELSTORE.MY


JAKEL BARULAH RAYA 2019


Kempen raya yang pertama untuk tahun 2019 di Jakel Mall Kuala Lumpur. Seperti pada tahun-tahun yang lalu, kemunculan Duta Raya JAKEL memeriahkan lagi majlis! Antaranya Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Scha Al Yahya, Awal Ashaari & Lara Alana (SchAwaLara) dan Ayda Jebat. Turut jua sama adalah keluarga popular Hanis Zalikha, Hairul  Azreen & Yusuf  Iskandar. Kesemua para selebriti ini mewakili jenama pakaian masing-masing yang ternyata setiap satunya berlainan gaya dan rekaan serta sasaran pelanggannya!


KOLEKSI BAJU KURUNG JAKEL 2019


JAKEL masih mengekalkan pengeluaran koleksi baju kurung dibawah label Scha Alyahya, Ayda Jebat dan Hanis Zalikha. Berkonsepkan kurung moden, bersesuaian dengan citarasa terkini wanita terutamanya wanita yang berkerjaya yang inginkan penampilan ceria, modern dan bergaya!


Koleksi baju kurung ini memfokuskan pada motif corak printed dimana ianya berbeza pada setiapa koleksi. Terdapat juga perincian "beading" yang sangat eksklusif pada sesetengah design yang menambahkan lagi gaya pada si pemakai. Koleksi baju kurung yang dikeluarkan ini mensasarkan golongan wanita daripada peringkat remaja hingga dewasa.  

KOLEKSI BAJU MELAYU JAKEL 2019



Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz ini direka khas untuk menampakkan kekemasan dan memberikan keselesaan. Keistimewaan Koleksi Aaron Aziz adalah dari segi penggunaan pelbagai jenis fabrik serta warna. Sesuai untuk jejaka yang berusia tetapi masih mahu kelihatan kemas di hari raya.



Untuk tahun yang keempat berturut-turut Baju Melayu Awal Ashaari mengekalkan penjualan dalam pasaran dan memeriahkan lagi kempen jualan raya pada tahun ini. Koleksi Awal Ashaari ini lebih memfokuskan kepada potongan, warna-warna yang maskulin dan kualiti fabrik yang tinggi untuk membantu para jejaka beraya dengan penuh gaya dan keyakinan seperti Awal Ashaari.   



Lebih istimewa tahun ini, JAKEL merevolusikan koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad dengan perincian zip di sisi baju (bahagian pesak) dan di pergelangan tangan (sleeve).  Masih mengekalkan konsep moden kontemporari iaitu berpotongan slim-fit, target market untuk koleksi ini sudah tentulah anak-anak muda yang sentiasa mahu menonjolkan diri dan gaya di pagi raya nanti.


Menjadi kelaianan pada tahun ini juga, JAKEL mengeluarkan koleksi Baju Melayu Hairul Azreen. Istimewanya koleksi ini ialah bajunya  diperkemaskan lagi dengan perincian jahitan tangan dan di bahagian kolar. Berkonsepkan mesra wuduk dimana bahagian lengan boleh dilipat dengan mudah. Setiap koleksi kurta yang dihasilkan mempunyai variasi pelbagai design dan terdapat lebih daripada puluhan warna bagi setiap rekaan kurta. 



Koleksi Baju Melayu kanak-kanak pula, masih mengekalkan koleksi Baju Melayu Upin dan Ipin serta koleksi Baju Melayu Yusuf Iskandar. Terdapat dua jenis kolar bagi koleksi kanak-kanak ini dan hadir dalam warna-warna yang sangat menarik bersesuaian dengan sikap periang si kanak-kanak pabila tibanya Syawal.

APA YANG TERBARU DI JAKEL? PLUS SIZE BAJU MELAYU?


Tahniah Abam Bocey, pelawak dan pelakon terkanal yang telah dilantik menjadi Duta Raya JAKEL pada tahun ini kerana yang terbaru, JAKEL telah memperkenalkan produk Baju Melayu “Plus Size” untuk mereka yang bersaiz besar yang semestinya sukar untuk mendapatkan baju melayu RTW.  Nah, golongan comel ini tidak perlu risau lagi kerana semuanya ada di JAKEL!


Harga koleksi baju Melayu yang ditawarkan juga amat berpatutan dan yang lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan percuma sehelai kain samping beserta butang baju Melayu bagi setiap pembelian sepasang baju Melayu. Ini adalah untuk memudahkan lagi para pelanggan memperolehi set lengkap baju melayu di bawah satu bumbung! 

Ayuh, ke JAKEL sekarang!


Media Sosial

xoxo

You Might Also Like

20 comments

  1. Senang lahhhhh . Nak tempah baju dgn Jakel pun online je . Terbaik nie

    ReplyDelete
  2. Nampak eksklusif dan lebih cantik design Jakel tahun ni

    ReplyDelete
  3. Tu diah! Tengok teaser gambar ni dah tau dah konfem gempak OOTD sis raya nanti. Jakel macam dah jadi lokasi wajib kitorang jugak kalau tiba je Raya sebab dekat, harga berbaloi dan banyak pilihan. Tahun tengah congak-congak lagi nak beli ke tidak. Haha.

    ReplyDelete
  4. Cantik sangat design baju kurung moden under label Ayda Jebat dengan Scha Al-yahya! Bagus Jakel ambil Abam Bocey sebagai duta plus size, tahun depan boleh ambil duta perempuan pula

    ReplyDelete
  5. Sungguh cantik baju raya kat sini. I want to go there to get a set of baju kurung for me and my daughters too for this Raya.

    ReplyDelete
  6. omg! suzai cakap melayu dalam blog? hahahah mimpi ke ni? anyway baju2 dia memang best kan? tampak menarik gitu nanti boleh terus beli online yeay!

    ReplyDelete
  7. yeay yeay...dah ada online..bukan apa,malas nak ramai2 kat situ lagilah bila happy hour kan...nak beli online jela pasni

    ReplyDelete
  8. Cantik Cantik belaka collection Jakel ni. Beli online memang memudahkan semua especially orang macam I yg malas keluar rumah.🤭

    ReplyDelete
  9. ewah banyaknya pilihan warna baju melayu kat jakel sampai rambang mata nak pilih warna mana satu. dengar citer kalu beli baju melayu kat gedung jakel, dapat percuma samping & butang baju melayu sekali kan. wah dah jimat banyak duit situ, boleh la guna beli baju raya sehelai dua lagi

    ReplyDelete
  10. Sis memang dah beberapa tahun pakai baju dari Jakel, memang kebanyakkan sesuai dengan badan sis ni, tu yang sis suka tu. Kalau tempat lain susah nak cari saiz sis yang montel ni..hehehe

    ReplyDelete
  11. Wah dah boleh beli online ye sekarang lagi mudah kerja. Tak payah bersesak nak pilih baju kan. Baju yang dijual pun semua nampak cantik dan eksklusif. Suka tengok design baju yanga da kat Jakel

    ReplyDelete
  12. Cantik semua baju Jakel ni.. Bgus sangt sebb keluarkan baju pelbagai design dan corak setiap tahun.. Wah siap ade online.. Senangla macam ni.. Tahun lepas beli dekat Jakel satu family

    ReplyDelete
  13. Oit.. ni time bila pulak cuba baju?? sempat tu.. Tapi kan design taun ni tak best la sebab semua lawa terokssss & aku tak dapat beli semua.. hahahaha. kan best kalau ada orang belanja... ahaksss

    ReplyDelete
  14. Baguskan bila dah boleh beli secara online ni. Tak payah nak bersesak-sesak kat sana lagi. Yela bulan2 puasa ni penat jugak. Beli je online senang.

    ReplyDelete
  15. Suka dengan rekaan terbaru jakel. Nampak lebih menarik dan cantik. Especially koleksi scha. Baju melayiu lelaki suka rekaan yg nabil punya

    ReplyDelete
  16. seronoknyaaa tengok design-design baju raya jakel.rasa nak borong semua. tengah tengok date free nak pergibeli baju raya dekat jakel

    ReplyDelete
  17. Cantik pulak baju yang Lara pakai tu. Berapa harga nya ye..
    Tahun ni semua bergaya dengan koleksi dari Jakel kan.
    Pastu baju tu pulak artis pun turut gayakan juga. Bestnya..

    ReplyDelete
  18. wahhh cantik2 betul ya koleksi2 baju raya jakel pada tahun ini. siap sekarang dah ada zip di bahagian lengan. mudahlah nak berwudhuk atau nak basuh pinggan nanti. pilihan warna pon banyak. nanti nak sambarlah satu dua baju kat jakel.

    ReplyDelete
  19. Mudah lah sekarang kan bila dah ada online sales Jakel ni. Hehehe tak payah la nak bersesak lagi di Jakel tu hehe

    ReplyDelete
  20. Memang tiap tahun meriah marketing jakel raya ni ya. tahun lepas dh beli baju melayu kt jakel. tahun ni cuba tempat lain pulak

    ReplyDelete

I'd appreciate any comment with the used of proper words and courteous attitude. TQ so much for viewing, reading and commenting. =)))