Saksikan ‘GORENG ATAU GAGAL’ Minyak Masak Alif bersama Yasmin Hani dan Chef Nik Michael

By Tuesday, May 21, 2019 ,

me with Chef Nik Michael and Yasmin Hani

Salam Ramadhan yg ke 17

Alhamdulillah baru-baru ni saya telah dijemput untuk berbuka puasa dan menyaksikan pelancaran Siri Web 10 Episod bersama-sama Minyak Masak Alif dan Sime Darby OilsSiri web yang diberi nama ‘Goreng atau Gagal’ yang dihoskan oleh chef selebriti, Nik Michael Imran dan pengacara yang terkenal dengan keletah lucunya, Yasmin Hani Richardson sebenarnya telah pun mula ditayangkan pada 10 Mei yang lepas!

‘Goreng atau Gagal’ adalah satu idea kreatif yang lahir daripada komen-komen pengguna jenama minyak masak itu di laman media sosial. Hasilnya satu siri rakaman "percubaan untuk menggoreng bahan-bahan yang dicadangkan" dengan menggunakan minyak masak Alif. Ianya sangat menarik dan lucu kerana antara bahan-bahan yang dicadangkan adalah durian, dodol, tembikai, lemang dan lain-lain lagi. so, bayangkan lah hasilnya!


Chef Nik Michael Imran memegang peranan untuk mengolah cara-cara menggoreng bahan-bahan tersebut yang terdiri daripada pelbagai ciri dan tekstur. Yasmin Hani pula diberi tanggungjawab untuk mengendalikan slot ‘Makmal Goreng’ yang memberikan petua-petua dan teknik menggoreng ketika memasak agar hasil gorengan akan lebih menyelerakan dan berkhasiat. 


Me with Mr Jiman, till then bang! :)

"Goreng atau Gagal adalah inisiatif kami untuk menghidangkan hiburan kreatif berbentuk edutainment bagi pengguna-pengguna dan peminat-peminat jenama Alif selain membantu mereka menghidangkan juadah yang lazat dan berkhasiat untuk keluarga dan rakan-rakan"
Menurut Mohd Haris bin Mohd Arshad, Pengarah Urusan Sime Darby Oils


Jadi, kalau nak tahu bahan mana yang "GORENG" dan bahan mana yang "GAGAL" ?
Jangan lupa saksikan episod ‘Goreng atau Gagal’ yang seterusnya pada


setiap Jumaat, jam 10 pagi
di laman Facebook Alif - Click here 

xoxo

You Might Also Like

9 comments

  1. Best jugak kan dapat tengok Chef nik mengolah bahan-bahan untuk mengoreng kerana mesti ada cara atau teknik yang betul tuk mengoreng bahan2 yang selama nie tk pernah kita goreng.

    ReplyDelete
  2. Menarik juga challenge gini kan.
    Kalau Rawlins, mau semua menu jadi gagal. Haha.
    Nak check it out la - mana tau ada idea nak goreng apa kat umah kang.

    ReplyDelete
  3. macam best dan kelakar je program masakan ni! Nak pulak ada yasmin hani, dah boleh agak dah meriah dapur tu macam mana nanti

    ReplyDelete
  4. Bagus jugak ada rancangan macam ni. Mesti penuh dengan pekara lucu, tak sabar nak tengok nanti..dalam masa yg sama boleh le belajar masak dr mereka

    ReplyDelete
  5. Menarik jugak program ni. At least kita tahu bahan makanan apa yang sesuai digoreng atau tidak. Bila memasak ni kita memang kena try and error kan. Menarik rancangan masakan macam ni

    ReplyDelete
  6. Menarik program masakan ini. Dengan adanya program macam ni kita tahu dengan lebih detail tentang petua dan teknik yang betul untuk mengoreng. Apa yang penting program ni lucu.. Dapat menarik penonton nanti

    ReplyDelete
  7. Wahhh, rancangan macam ni mengetengahkan minyak masak jenama alif. Bagusnya. I dulu2 tak tahu pun kewujudan minyak masak jenama alif. Dah kerja dengan sime darby baru tahu kewujudan minyak masak alif. Kata orang, kualiti minyak ni bagus.

    ReplyDelete
  8. Best juga program ni, i like to watch cooking shows and also try new recipes. Will check this out too

    ReplyDelete

I'd appreciate any comment with the used of proper words and courteous attitude. TQ so much for viewing, reading and commenting. =)))