Sambutan Hari Wanita Sedunia Anjuran Stellavingze International

By Sunday, March 12, 2017 ,

all in PINK!
meet Alja and Nannie! :)

08.03.17 | Melilea Tower, Bangsar South, KL

 "I have a vision: that every woman has within her the love and strength to transform her life. Whether it’s health, beauty, success or happiness... I am committed to the belief that it is a woman’s right to live a rewarding and fulfilling life." Datuk Stella Chin K.Y, founder of Stellavingze International.

Pada 8hb Mac yang lalu, seluruh dunia telah menyambut Hari Wanita dan saya jua tidak ketinggalan untuk sama-sama meraikannya bersama dengan Stellavingze International. jutaan penghargaan kepada Stellavingze International diatas jemputan ini dan terima kasih jua kepada 3 panel yang sangat hebat yang dijemput khas untuk mengulas tentang isu Wanita, Tanggungjawab serta Harapan yang disandarkan kepada setiap individu yang digelar sebagai Wanita. 

Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha binti Ismail, Pengerusi Yayasan Suara Wanita (YASNITA)

"Wanita adalah unik kerana mampu mencorak modal insan yang cemerlang. Hanya wanita sahaja yang mampu memikul tanggungjawab sedemikian; melahir, membesarkan, mendidik dan juga memberi sokongan kerana wanita dilahirkan dengan minda yang unik dan mampu melakukan beberapa tugasan pada satu masa."

Datin Azizan Bt Hj Shariff, Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Lembah Pantai

"Wanita yang meninggalkan kerjaya dan menjadi suri rumah harus mempunyai kemahiran dan bijak berniaga untuk menambah pendapatan keluarga. Bagi wanita yang berkerjaya pula, dinasihatkan untuk sekali-sekala adakan sebuah majlis atau jamuan untuk mengeratkan silaturrahim bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Wanita perlulah wanita sentiasa bersabar, mempunyai iman yang teguh dan menjaga kesihatan"

Datin Noor Faezah Binti Mohd Ashref, Naib Presiden Yayasan Wanita Cemerlang

"Wanita yang hebat mampu berdiri teguh, menyokong insan lain, memberi didikan dan memberi motivasi khususnya bagi insan-insan yang tidak bernasib baik. Selain itu, wanita mampu menjadi pemimpin yang cemerlang hanya dengan memimpin dengan kasih sayang yang akan meningkatkan motivasi pekerja dan pengikut di bawah jagaan mereka."

Ms Wee Siew Ling, Pengarah Urusan Stellavingze International

"Tidak mustahil segala tanggungjawab dapat dilaksanakan jika wanita pandai membahagikan masa. Wanita ini umpama air yang mudah membiasakan diri dalam apa-apa keadaan, namun begitu jangan sekali-kali mencabar mereka kerana lautan yang tenang juga bakal membawa tsunami."


Stellavingze International

Satu komuniti "Sisterhood Support" yang memupuk, membina dan menghasilkan wanita yang harmoni dari segi pemikiran, perkataan dan tindakan dengan berkongsi idea-idea dan juga bimbingan serta galakan kepada wanita-wanita yang memerlukan.


Selamat Hari Wanita Sedunia!

xoxo

You Might Also Like

0 comments

I'd appreciate any comment with the used of proper words and courteous attitude. TQ so much for viewing, reading and commenting. =)))