CHECK THIS OUT!

3H2M di Pasir Puteh, Kelantan - 6 Tempat Wajib Dilawat

By Friday, May 28, 2021 , , ,

Salam Syawal dan Salam PKP3.0 !

Alhamdulillah nyanyi sikit, pejam celik! pejam celik! kita dah tinggalkan Ramadhan and dah pun nak habis raya. Again, syukur lah di atas apa jua nikmat yang kita ada saat ni. mudah guys, nikmat kesihatan dan semoga kita terus dijauhkan dari Covid-19, nikmat keluarga jika korang masih mempunyai ibu, ayah, adik beradik sekalian dan nikmat keamanan dan keharmonian negara kita Malaysia. please help to pray for Palestine, May Allah protect them and finally grant them with a freedom and justice! amin.

Lama tak menulis kan, panjang intro. Allahuakbar, so many things happened till we also kinda lost on which event to prioritize the most? please please #KitaJagaKita first guys, Covid is not a joke and Covid is "too close" with each and individual of us now. so, please strictly follow all the SOP as advised the KKM, stay at home or limit your movements as best as you could! 

KELANTAN adalah satu negeri yang dahulunya kurang mendapat perhatian di kalangan kaki travel. Mungkin kerana faktor perjalanannya yang jauh (for a roadtrip) atau pun mungkin kerana tempat-tempat menarik di negeri Serambi Mekah ini kurang dikomersialkn. Namun sekarang ramai orang lebih aware dengan tempat-tempat menarik yang ada di setiap pelusuk negeri ini hanya melalui perkongsian di media social. Kudos to all media social users and sharers!

Semakin hari semakin banyak produk-produk perlancongan di negara kita bukan sahaja di Kelantan tetapi juga negeri-negeri lain yang menjadi viral dan penuh dikunjungi oleh orang ramai. Bagi saya ini adalah salah satu kesan positif yang dibawa oleh COVID-19 yang harus kita hargai, kita semakin mengenali dan menghargai tempat kita sendiri.

Kebiasaanya, trip ke Kelantan pasti terus menuju ke ibu negeri Kelantan iaitu Kota Bharu. Jadi apa kata selepas ini korang cuba masukkan daerah Pasir Puteh dalam itinerari perjalanan kerana Pasir Puteh worth to be visited and here, the TOP 6 Must-Visit Places in Pasir Puteh!

 

SRZ Ladang Ternak (Jeram Mengaji)          

Finally, im here! Lokasi ini bukan lah di New Zealand mahupun di Kundasang, Sabah tetapi hanyalah di Pasir Puteh, Kelantan! Menjadi semakin popular di kalangan si kaki-kaki travel yang rata-ratanya semakin desperate untuk travel dan menikmati permandangan luar. Jadi tempat ini yang seakan-akan kelihatan seperti NZ cepat sahaja menarik perhatian ramai.

Waze sahaja "SRZ Ladang Ternak" atau pun “Jeram Mengaji Agro Resort” kerana tempat ini sebenarnya ialah sebuah ladang lembu tenusu dan kuda yang diusahakan oleh syarikat SRZ. this place is actually on the way to Jeram Mengaji, jadinya korang akan bertemu dengan ladang nan hijau yang dikelilingi pagar putih ini sebelum bertemu dengan jeram (sungai) mengaji itu.





Cadangan waktu yang terbaik adalah pada pukul 7am sehingga ke 10am kerana cahaya pagi di sini sangat cantik! jika korang bertuah, lembu-lembu Holstein atau lebih popular dipanggil lembu New Zealand dilepaskan awal untuk meragut rumput, bolehlah korang bergambar berlatarbelakangkan permandangan itu. hashtag #RinduTravel #SerasaDiNewZealand haha sangat Instagrammable!



Yup, di sini terdapat pusat ternakan lembu tenusu dan penjualan susu dan yogurt. Harganya tersangat lah murah, hanya RM10 untuk 7 botol susu ini. Jadi selepas penat bergambar, bolehlah korang berehat sambil menikmati susu segar dan makanan ringan pula. Well, it’s a time to support our local business!

.

Tugu Tok Janggut

Memang tidak lengkap lah kunjungan korang ke Pasir Puteh jika tidak singgah di memorial park ini! Tugu yang dibina bagi memperingati seorang Pahlawan Tanah Melayu yang menentang penjajah Inggeris sehingga akhir hayatnya iaitu Tok Janggut atau nama sebenarnya adalah Haji Mat Hassan Munas.

Sedikit fakta sejarah tentang figura ini. Tok Janggut adalah nama yang tidak asing lagi dalam buku teks sejarah kita waktu di sekolah dahulu kan? Beliau yang dilahirkan pada tahun 1853 di Kg Jeram, Pasir Puteh, Kelantan mendapat pendidikan di Mekah. Makanya, Tok Janggut juga adalah Tokoh Islam yang bertanggungjawab menyebarkan islam di Kelantan.

Membaca kisah penentangannya terhadap ketidakadilan sistem cukai yang dikenakan kepada orang Melayu ketika itu sehinggalah kepada kisah beliau dibunuh kejam oleh penjajah Inggeris sangat menyentuh hati! Klik di sini (backlined to https://sejarahtokoh.wordpress.com/tok-janggut/) untuk membaca sejarah Tok Janggut dan perjuangannya dengan lebih lanjut. Al fatihah..

 "Anybody can make history, only great man can write it” Banyak lagi fakta sejarah yang boleh korang baca dan hayati di Kawasan tugu ini seperti apakah maksud Keris dan Tanjak ini. Secara ringkasnya, ia adalah simbolik kepada pakaian pahlawan Melayu pada zaman dahulu. Sebenarnya di bahagian sebelah tugu ini adalah satu taman yang santai dimana terdapat kerusi untuk para pengunjung berehat sambil menikmati angin petang.

 

 Replika Perahu Tok Bali (Photo Spot)

Tidak lengkap juga kunjungan korang ke Pasir Puteh jika tidak bergambar dengan replika perahu ini. Terletak di area Tok Bali, replika perahu ini jelas menjadi mercu tanda Tok Bali. tertanya juga saya mengapa perahu yang menjadi "trademark" Tok Bali ini? Menurut kata orang lokal, Tok Bali ini sangat terkenal di kalangan kaki pancing. kebiasaannya, orang luar akan datang ke sini menyewa bot dan pergi memancing di sepanjang perairan Tok Bali ini. 

Basically, korang akan jumpa dua replika perahu yang terletak berdekatan sahaja. Replika yang berwarna-warni ini terletak di tengah-tengah roundabout, jadi berhati-hati lah jika korang mahu bergambar di sini ya. 

Saya lebih sarankan, korang pergi kedepan sedikit lagi ke arah jalan menuju Pantai Bisikan Bayu dan berhenti untuk bergambar di replika perahu yang kedua ini. tulisan "I LOVE TOK BALI" itu semestinya lebih menarik untuk menyatakan yang korang sudah pun sampai di daerah Pasir Puteh. haha Tok Bali checked!


Madrasah Ihya Ulumuddin

Sedikit sejarah tentang pendidikan Islam di tanah Melayu. dikatakan masyarakat Melayu telah pun mengamalkan pendidikan asas agama dan Al Quran yang dikenali sebagai pendidikan pondok sebelum kedatangan British lagi. makanya dapat kita lihat banyak "pendidikan pondok" dengan istilah moden yang digunakan adalah "Madrasah" dalam bahasa Arab yang membawa maksud sekolah. Sehingga kini, sistem pembelajaran pondok dipratikkan di seluruh Malaysia dengan tidak mengabaikan disiplin ilmu yang lain seperti subjek pembelajaran sains dan lain-lain. 

Pendidikan pondok ini dikatakan telah bermula di kelantan sejak abad ke-19 lagi. Salah satu madrasah yang sempat saya singgah di daerah Pasir Puteh ini ialah Madrasah Ihya Ulumuddin yang terletak di Kampung Berangan, Selising, Kelantan.




Dikelilingi rumah-rumah kecil yang dipanggil pondok iaitu tempat kediaman pelajar-pelajar di situ, suasana di sini sememangnya menenangkan. Terdapat masjid dibahagian tengah yang menjadi pusat serta "pondok mudir" atau rumah guru besar yang pada saya rekaannya klasik dan unik. tidak dilupakan landscape yang menjadi tarikan utama di sini. dua spots yang korang wajib bergambar di sini ialah di jambatan gantung dan di gerbang pintu masuk (rehal). Jangan risau, madrasah ini sememangnya mengalu-alukan kedatangan kunjungan umum. Sekiranya korang datang pada waktu solat, bolehlah solat berjemaah sekali bersama mereka.


Rumah Dusun


Dimiliki oleh Dato' Sukri Hj Mohamed Nor dan pada asalnya, Rumah Dusun ini ialah sebuah rumah persendirian dan persinggahan mereka sekeluarga. Namun, idea untuk dijadikan sebagai rumah percutiaan dan dibuka pada umum tercetus apabila ada kenalannya yang bertanya mahu dijadikan sebagai wedding venue di situ. maka, pada tahun 2017 bermulalah Rumah Dusun dikomersialkan secara rasminya.

Uniknya rekaan Rumah Dusun yang direka oleh anak tuan rumah sendiri ialah kerana ianya gabungan tiga negeri iaitu Kelantan, Negeri Sembilan dan Melaka. elemen 3 negeri ini dapat dilihat pada 3 tangga yang ada di hadapan, kanan dan kiri rumah ini. Mempunyai 3 bilik dan 1 kolam renang, Rumah Dusun ini mampu memuatkan tetamu seramai 20 pax dalam satu masa.

Berkeluasan 2 1/2 ekar, dikelilingi kebun buah-buahan dan kawasan sekitarnya yang sangat luas pula sangat sesuai dijadikan tempat majlis-majlis keraian. Tidak hairanlah Rumah Dusun lebih terkenal sebagai wedding venue walaupun sebenarnya dibuka juga sebagai staycation or airbnb pada harga serendah RM400 per night sahaja. 


Untuk maklumat lanjut atau pun tempahan, korang boleh direct DM akaun-akaun rasmi Rumah Dusun ini ya. Thanks Izah from Rumah Dusun diatas layanan yang sangat baik dan welcoming. insyaallah semoga kita berjumpa lagi :)

Facebook | https://www.facebook.com/therumahdusun

Instagramhttps://www.instagram.com/rumahdusun


Pantai Bisikan Bayu            


Secara peribadinya, saya sangat suka ke negeri-negeri patatimo ini kerana laut dan pantainya yang indah. sama sekali tidak boleh dibandingkan dengan laut di negeri-negeri lain. pasirnya yang putih dan airnya yang biru sentiasa membuatkan saya tenang dan bahagia. haha mudah kan? so, wajib lah untuk saya singgah di salah satu pantai yang ada di daerah Pasir Puteh ini iaitu Pantai Bisikan Bayu.

Usaha Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) pada tahun lalu perlu lah diberikan ‘tabik spring’ kerana Pantai Bisikan Bayu kini sudah bertukar status menjadi antara produk untuk program Tahun Melawat Kelantan 2020, pantainya lebih terjaga dan lebih bersih.


Pantainya yang simple namun sangat meriah pada waktu hujung minggu kerana menjadi lokasi riadah orang lokal di sini. terdapat banyak gerai-gerai yang menjual makanan dan minuman di sini sesuai dijadikan tempat berkelah pada waktu petang. walaupun pantai ini tidak sesuai untuk aktiviti bermandi-manda, jangan risau kerana terdapat banyak aktiviti lain yang boleh korang lakukan seperti bermain ATV dan horse riding, mini zoo mahupun bermain layang-layang.

FYI nama lain bagi pantai ini adalah Pantai Dalam Rhu. Jadi jika anda cari di aplikasi Waze, jangan lah keliru pula kerana keduanya adalah pantai yang sama! Bagi saya secara personal, waktu yang terbaik untuk melawat pantai-pantai di sebelah Timur ini ialah pada bulan Mac sehingga Mei.

 

WHAT TO EAT?


Alemy Meggi Ketam



Perkenalkan Tuan Alemy, owner Alemy Meggi Ketam yang sungguh humble and friendly. Alhamdulillah di atas layanan yang sangat welcoming oleh beliau dan semua anak-anaknya. thanks guys, thanks Iqbal. insyaallah ada umur yang panjang, im sure gonna be back! :)

Jika korang berasal dari Kelantan mahupun Terengganu atau mungkin korang sokmo ke negeri patatimo tentu 'Meggi Ketam' adalah menu yang tidak asing kedengaran kerana ianya seperti makanan wajib yang patut dicari di sini. saya sangat bertuah kerana di daerah Pasir Puteh ini lah terletaknya sebuah kedai yang sangat terkenal diberi nama "Alemy Meggi Ketam". menurut kata tuan kedainya, ramai orang luar dari Kelantan berkunjung ke Pasir Puteh hanya kerana mahu menikmati hidangan istimewa ini.

Jadi apa yang istimewanya meggi ketam di sini berbanding dengan yang lain?? OMG jujurnya ini adalah meggi ketam terbaik yang pernah saya nikmati. ketamnya yang bersaiz besar, sangat fresh (memang dimasak hidup-hidup ya!) dan kuah sup megginya yang cukup rasa membuatkan saya mahu kembali bila tamat sahaja PKP nanti! hehe

Harga yang sangat berpatutan, secara kasarnya meggi ketam biasa hanya RM20 semangkuk (1 ekor ketam) dan meggi ketam special berharga RM40 (1 ekor ketam in giant size!) sudah tentu saya memilih meggi ketam special maklumlah bukan selalu dapat ke Kelantan ni, Ya Allah jenuh ye nak menghabiskan semangkuk ni seorang diri. memang besar betul ketamnya dan puas hati sangat!

ALEMY MEGGI KETAM

10, Bazaar MDPP, Jln Semerak, Pekan Cherang Ruku, 16700 Cherang Ruku, Kelantan

Instagramhttps://www.instagram.com/alemymaggiketam

Phone No+60 19-958 4657

Secara personalnya, Kelantan adalah salah satu negeri favourite saya di Malaysia kerana bagi saya negeri Kelantan adalah syurga makanan! Setiap kali trip saya ke sini tidak pernah saya lepaskan peluang untuk mencari makanan tempatan bermula dari sarapan pagi, makan tengahari, makan malam sehinggalah ke waku supper dengan mencari kedai kopi ataupun kopitiam yang rata-ratanya tutup agak lewat malam. suasana malam yang meriah (fyi pada waktu sebelum Covid melanda atau pun PKP dulu lah). sejujurnya, saya agak terkejut melihat keadaan malam yang happening itu kerana sangkaan saya negeri ini 'mati' pada waktu malam meleset jauh. 

Saya sangat bertuah kerana mempunyai banyak kenalan di negeri ini dan mereka tidak pernah lokek untuk membawa saya ke tempat-tempat menarik yang ada di daerah mereka. jadi di sini saya kongsikan juga beberapa kedai makan yang dicadangkan oleh sahabat saya, Abe Piey hehe namun sayangnya, saya tidak berkesempatan untuk singgah kerana kesuntukan masa :(

Antara Cadangan Lokasi Makan-Makan di Pasir Puteh

2.       Restoran Ikan Bakar Cabang 3 tok bali, Semerak

3.       Raja ikan bakar, Tok Bali

4.       Nasi Dagang Kak Ju, Jalan Melawi, Semerak

5.       Akok/Bahulu Hj Wan Omar, Bukit jawa

 

WHERE TO STAY?

 Tok Aman Bali Beach Resort

Secara konklusinya, itinerari yang saya cadangkan di atas boleh dilaksanakan dalam jangka masa 3 hari 2 malam. saya cadangkan korang stay di Tok Aman Bali Beach Resort yang terletak di hadapan Pantai Bisikan Bayu sahaja. Menyediakan beberapa jenis bilik dan bermula dengan kos serendah RM91 sahaja untuk satu malam, hotel ini sememangnya menjadi tumpuan para pelancong jika ke Pasir Puteh. jadi make sure korang buat tempahan awal kerana mereka hanya mempunyai 100 unit sahaja dan menurut manager marketing,  kebiasaanya full house!

Bertaraf 4 bintang serta mempunyai kelengkapan fasiliti yang lengkap seperti restoran dan kafe, kolam renang yang luas, spa, BBQ area dan pelbagai aktiviti-aktiviti santai yang boleh korang buat di sini seperti berbasikal, berkayak, bermain pedal boat, memancing dan bermain paintball. saya yakin percutiaan korang ke Pasir Puteh akan menjadi satu pengalaman yang bermakna.

Sebenarnya, banyak lagi tempat yang menarik dan worth-to-visit di daerah Pasir Puteh ini yang tidak saya senaraikan di atas kerana tidak sempat untuk saya lawati. Contohnya seperti Jambatan Tok Bali, Ruman Api Tok Bali, Jeram Pasu, Jeram Linang, Wakaf Tuan Farrer dan D’ Baroh. So, sekiranya korang mempunya extra time, cuba lah pergi ke tempat-tempat ini ya. 

Anyhow, the covid cases in Malaysia is rapidly increasing day by day! its OK saya berharap korang boleh saved all these information and travel later bila keadaan kembali pulih. stay safe people, jaga diri dan orang yang disayangi dan marilah kita sama-sama berdoa agar wabak Covid ini cepat-cepat hilang dari dunia dan kita semua dapat kembali hidup secara "normal" dan travel ke mana sahaja destinasi yang kita impikan. #KitaJagaKita #WeCanDoThisMALAYSIAN 

Thanks for reading.

xoxo 

You Might Also Like

3 comments

  1. Aku rasa convid19 ni mmg tak pulih.. kita kena belajar hidup dengan virus ni. Pelancongan habis cerita lah yang buat bisnes travel oversea ni. Tapi Malaysia masih banyak tempat menarik...
    ........
    filem10minit.blogspot.com
    Filem Seram Pendek

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la "pulih" as in everybody is vaccinated i meant. insyallah very soon CT lets pray for that haha aah sbb byk temp menarik kat msia x smapi lg ni!

      Delete
  2. wah..banyak juga rupanya tempat menarik dekat Pasir Puteh nih.
    macam best jer pergi tempat lembu dan kuda tu
    geram pula tengok pantai..bilalah dapat pergi pantai entah..MCO jer memanjang.

    ReplyDelete

I'd appreciate any comment with the used of proper words and courteous attitude. TQ so much for viewing, reading and commenting. =)))