Buffet Ramadhan 2021 Saya Yg Pertama - TH Kelana Jaya RM59 Sahaja

Boleh pula terjumpa si Ayu mereng ni. hahaha Malaysia ni kecik je guys!

Salam Ramadhan!

Alhamdulillah dah masuk 10 Ramadhan terakhir dah guys. Ya Allah sekejap je pejam celik pejam celik je. ye saya nak update blog pun tak sempat dah skg ni, busy memanjang! haha sorry guys for lacking update in here but please follow my instagram @SizzlingSuzai as instant updates is continuously on going there.

So last week saya sempat lah ke Hotel TH Kelana Jaya, my very first buffet Ramadhan untuk tahun 2021 ni. maklumlah tahun lepas memang kita semua berada dlm keadaan PKP 1.0 sepanjang Ramadhan, so dah lama juga lah tak merasa suasana makan buffet ni. Alhamdulillah :)





Bufet Ramadan TH Hotel Kelana Jaya tahun ini menawarkan aneka pilihan masakan utama berasaskan pilihan tempatan. Antara masakan tempatan yang boleh di nikmati ialah Nasi Putih, Ayam Goreng Berempah, Ayam Masak Kurma, Rendang Abe Aji, Sayur Pucuk Paku Lemak Kuning, Ikan Patin Tempoyak, Tulang Rawan Gulai Kawah, Daging Gulai Kawah, Asam Pedas Ikan Tenggiri, dan banyak lagi.



Tetamu boleh menikmati pilihan tempatan seperti Ulam-Ulam dengan Sambal Belacan, Budu, Cincaluk, Jeruk Buah-Buahan, Pelbagai Keropok, Kerabu Kacang Botol, Kerabu Ayam, Kerabu Mangga Muda, Kerabu Pegaga, Kerabu Perut, Kerabu Kacang Panjang, Telur Masin, Ikan Masin, dan sebagainya.










Selain hidangan bufet yang membangkitkan selera, tetamu juga berpeluang mencuba pemanis mulut yang lazat. Antara pemanis mulut yang dihidangkan adalah Sago Gula Melaka, Kuih Seri Muka, Kuih Koci, Pulut Panggang, Kuih Talam, Jelly Buah-Buahan Tempatan, Puding, Bubur Kacang Hijau, Bubur Pulut Hitam, dan sebagainya.



Tetamu juga boleh melihat barisan gerai yang menampilkan konsep berbeza semasa waktu berbuka. Antara gerai yang boleh dikunjungi ialah Gerai Middle East, Gerai Char Kuew Teow, Gerai Goreng-Goreng Rangup, Gerai Mongolian Beef, Gerai Shellout ‘Kava’, Gerai Noodle Station, Gerai Ais Leleh, dan Gerai Minuman Panas & Sejuk.


Tarikan utama Bufet Ramadan tahun ini adalah Kibas Golek!. Jarang sekali kita dapat lihat Bufet Ramadan menghidangkan Kibas Golek. Kibas Golek boleh dimakan bersama Nasi Arab Mandy atau dimakan begitu sahaja dengan sos pilihan iaitu Mushroom Sos, Black Pepper Sos, Mint Sos, dan Air Asam Bunga Kantan.


Bufet Ramadan TH Hotel dibuka setiap hari dari jam 6.00 malam hingga 10.00 malam dari 14 April 2021 hingga 12 Mei 2021. Harga bagi Bufet Ramadan RM69.90 bersih untuk dewasa, RM39.90 untuk kanak-kanak, warga emas dan OKU.

TH Hotel Kelana Jaya juga menawarkan Promosi Hari Gaji berharga RM59.90 bersih untuk dewasa. Promosi adalah sah daripada 22 April sehingga 1 Mei 2021.

Untuk tempahan dan maklumat lebih lanjut, hubungi Jabatan Jualan & Pemasaran di
03-7873 6297 atau melalui Whatsapp 014-7572808 (Bismi), 014-9585662 (Nadhira)


MEDIA SOCIAL

Official webwww.thhotels.com.my
Facebookfacebook.com/thhotel dan facebook.com/tahacafe
Instagraminstagram.com/tahacafeofficial

 

xoxo

Post a Comment

0 Comments