Things To Do In Labuan for 4D3N


Salam and Hello travelers!

Well, if you are following my Instagram @SizzlingSuzai and Facebook @SizzlingSuzai you surely know that "sa baru saja balik dari Labuan ba" HAHA actually Labuan people have their own language, so blame it on my KK friends yang membuatkan saya terikut-ikut slang Sabah mereka LOL but its really fun to learn and to talk in others language kan?! HAHA truthfully, im just a typical Malaysian who loves the variety of our languages and cultures. PEACE no war :)

MORE ABOUT WP LABUAN

Mendapat nama Labuan dari perkataan Labuhan kerana Labuan mempunyai sisir perlabuhan yang dalam dan besar. FYI local people of Labuan sebenarnya berkomunikasi di dalam Bahasa Melayu dialek Kadayan-Brunei kerana majoriti penduduk Labuan adalah berketerunan Kadayan-Brunei dan beragama Islam. Orang-oranganya sangat peramah dan mesra sehinggakan kami rasa seperti satu keluarga semasa berkunjung di Kg Patau-Patau 2. Their hospitality memang tip top, jadi saya sarankan sekiranya you guys ada planning ke Labuan, sila lah masukkan itinerary bermalam di Homestay Kampung Air Kg Patau-Patau 2 ini. will share more details on a separate post yar!

LABUAN is an island! well, you should know by now that Labuan adalah sebuah pulau yang berstatus Wilayah Persekutuan dan terletak 20km sahaja dari pantai Sabah dan 30km dari pantai Brunei. so, kami sebenarnya berada di antara 2 buah negara, Malaysia dan Brunei! Wow! Berkeluasan hanya 91.64KM2 membuatkan jarak di antara satu tempat ke satu tempat tidak jauh dan memakan masa yang singkat and from my point of view, lifestyle di Labuan ini laidback dan lebih tenang. Mungkin disebabkan itu, orang-orangnya pun tenang dan sangat mesra. :)

PLACES TO VISIT IN LABUAN

Kg Air Patau-Patau 2 - Water Village


Mencari suatu kelainan dalam sesebuah trip itu adalah satu kewajipan! indeed, water village or kampung air adalah satu keistimewaan yang ada di Labuan dan wajib you guys lawati. Uniknya Kg Air Patau-Patau 2 ini adalah kerana this village is a rebuilt village once banished during the World War 2 in 1930s. Penduduk di sini adalah berketerunan Melayu-Brunei dan masih menggunakan khidmat water taxi (longboat) untuk masuk ke bandar kerana lebih singkat nda ada traffic jammed katanya. hehe


Sesungguhnya, permandangan di sekitar perkampungan ini sangat menarik! selain laut yang membiru, susun atur rumahnya yang unik surely will make you guys akan bergambar di setiap sudut dan lorong yang ada walaupun dalam cuaca yang panas terik! HAHA untuk mendapatkan gambar yang awesome kita harus gigih ye. well, saya dapat rasakan yang keadaan atau view ketika waktu sunset lebih indah tetapi sedihnya kami tidak stay di sini kerana masih banyak lagi tempat-tempat yang menarik di sekitar Labuan ini perlu kami kunjungi. so next!

Kg Bebuloh Laut 


FYI salah satu industri yang ada di Labuan ini ialah Industri Ikan Bilis. Menurut Mohd Sahlan (Mimit), pada awalnya ayahnya hanya mengusahakan perniagaan Salinang Maju Enterprise yang membekalkan bilis ini secara kecil-kecilan sahaja, namun tidak sangka mendapat sambutan sehingga akhirnya diiktiraf sebagai salah satu tarikan perlancongan di Labuan. Seronok juga melihat pekerja-pekerja di sini mengasingkan bilis-bilis ini mengikut grade A, B dan C kerana saya tidak expect yang ianya dilakukan secara manual. Wow im so impressed!

COBSEA Monument (Pantai Layang-Layangan)


Award winning beach ini telah mendapat penganugerahan COBSEA Clean Beach Award pada tahun 2008 oleh UNESCO. Persisiran pantainya yang panjang terdiri daripada beberapa pantai iaitu the Layang-layangan, the Pancur Hitam and the Batu Manikar. Sunset time di Labuan ialah pada waktu 530pm ke 630pm petang dan Pantai Batu Manikar dikatakan mempunyai spot yang plaing cantik untuk menikmati suasana matahari terbenam!

The Peace Park (Taman Damai)


Admittedly, I'm not a history seeker whenever I go travel with my buddies. yup bad me! nevertheless, this memorial park atau dikenali sebagai Taman Damai sangat menarik dan wajib juga you guys lawati. saya sangat tertarik dengan architecture ini yang mempunyai bentuk separuh matahari (well, we all know that Jepun dikenali sebagai negara matahari terbit right?) bentuk ini membawa maksud permohonan kemaafan dari pihak negara Jepun dan ahli keluarga tentera dalam Perang dunia ke-2 terhadap mangsa-mangsa yang terlibat.

Selain itu, monumen ini juga dibina atas dasar persahabatan di antara negara Jepun dan Malaysia dan dibiayai sepenuhnya oleh syarikat dari negara Jepun, the Japan Shipbuilding Industry Foundation dan diselenggara sepenuhnya oleh mereka sehingga kini. this is such an eye-opener right? bow!

Pulau Rusukan Besar



Pulau Labuan terdiri daripada beberapa pulau kecil yang lain iaitu Pulau Rusukan Besar, Pulau Rusukan Kecil, Pulau Papan dan Pulau Daat (private island). Kami telah dibawa berkunjung ke Pulau Rusukan Besar untuk menikmati keindahan pantai, melakukan aktiviti snorkeling dan juga makan tengahari. Bertolak dari Labuan Marina Jetty terus ke pulau ini mengambil masa lebih kurang 40 minit dengan speedboat.


Uninterrupted and privacy, 2 words best to describe this island! Air lautnya yang biru dan jernih sure-fire akan membuatkan you guys tak sabar untuk berenang dan explore keindahan hidupan di dasar lautannya. can't wait to share more details of this island in a separate post, stay tuned yar! Anyhow, you guys can check out Emma Glorious Travel and Tours untuk booking pakej samada 1 Day trip atau pun bermalam di penginapan yang disediakan.

The Chimney &  Gedung Ubat


This is one of my favourite place in Labuan! Eventhough, i suck at history LOL but this tremendously tall and large architecture is so interesting! HAHA I guess must be something to do with the mysterious vibe of it LOL FYI this architecture is actually an unsolved mystery where local people couldn't figure out the function of its existence until now though many believe that it is being used for the coal mining activity a long time ago but no evidence found.

Menara ini sebenarnya dikenali sebagai Chimney (a ventilation structure) ataupun cerobong di dalam bahasa melayu yang diperbuat sepenuhnya oleh hanya 23,000 batu-bata merah yang disusun tanpa ada sebarang foundation dibawahnya. menarik bukan? dan Chimney ini dibina pada tahun 1900an dan terus teguh berdiri sehingga kini!


FYI Labuan pernah juga berada di bawah kuasa Jepun semasa Perang dunia ke-2. So, this gedung  Ubat adalah salah satu peninggalan sejarah dimana tentera Jepun menyimpan Ubat-Ubat peluru (hence the name!) mereka. Perjalanan ke Gedung Ubat ini mengambil masa lebih kurang 20 minit dari The Chimney. OMG this place is a must-to-visit because the view along the trail is so fascinating and "sesuatu"! well, will show more about this place too in my next post yar.

Taman Burung Labuan



Terletak berdekatan sahaja dengan The Chimney dan berkeluasan 6.9 hektar, taman ini sesuai untuk you guys yang melancong bersama anak-anak kecil. typical activities such birdwatching dan bird feeding boleh dilakukan di sini. Mempunyai 3 dome-shaped cages yang sangat besar dan sangat menarik untuk dijadikan photo spot sekiranya anda bukan lah pencinta burung. Ahaks!

 

Taman Burung ini mempunya lebih 600 spesis burung-burung yang terdiri daripada golongan Borneo Birds seperti Hornbills yang sangat synonym dengan Negeri Sarawak. Dibuka pada setiapa hari kecuali hari Jumaat dan dikenakan bayaran serendah RM5 untuk setiap pelancong dewasa.


WHAT TO EAT?

AMBUYAT


OK Pardon on my ugly look of Ambuyat LOL HAHA it supposedly not in that shape HAHA i just fail! Ambuyat adalah makanan tradisi kaum Kadayan-Brunei and it is a must-to-have! well, simply because you guys tak akan jumpa di tempat lain. HAHA makanya, you guys wajib cari ambuyat apabila ke Labuan ini.

Diperbuat daripada tepung sagu dan dibancuh dengan sedikit air. Apabila teksturnya sudah likat dan kenyal, sepasang kayu penyepit yang dipanggil Candas digunakan untuk mengambil ambuyat ini. Rasanya sememangnya tawar, jadi you guys kena cicah ambuyat ini dengan Sambal asam pedas atau Sambal belacan yang disediakan. lagi pedas katanya lagi padu! haa nak tahu apa rasa ambuyat? you guys kena try lah sendiri! hehe


SEAFOOD

Photo taken at the Mawilla Seafood Restaurant

Trip ke Pulau Labuan memang tak lengkap lah sekiranya tidak menikmati makanan laut! hidangan seafood adalah salah satu hidangan utama di Labuan dan juga menjadi salah satu tarikan di sini. selain harga nya yang murah, you guys could probably make a "Jalan-jalan cari makan" trip ke Labuan selepas ini. here some of the seafood houses list by the Tourism Malaysia.

Mawilla Seafood
Mr Crab Seafood & Steamboat
Fisherman Harbour
Anjung Ketam
Anjung Ikan  Bakar


WHERE TO STAY?

Palm Beach Resort & Spa 

Hi ex-roomate Cik Pidah haha

Highly recommended! Beautiful inside and out, the exterior is wowing enough though this hotel claim to be rated as a 3 star hotel only! the room for two is big enough for us, its spacious, clean and tidy. oh yar 2 thumbs up on the view! well, you may check on this page : www.palmbeachresortspa.com for more details. again, more details of this staycation is in separate post, see you!

From left : Yus, Kelvin, BK, Pathrick, Apy poyo, Lisyam, Ida,  Fuad, Dee, Abg Cyrill, Epul, Wawa. Aryl, Elvin si Romeo, Dien, Elana, Yours truly, Faizal, Yaya and En Rauf

Definitely one of the BEST Fam trip i've ever had! I'm so glad to be part of it and please know that saya suka sangat kenal sama kamurang (ok why am i speaking Sabah again?? LOL) HAHA everybody is super friendly, super humble and freaking fun! hey guys, i really hope that we all could reunite and gather again because at this moment, i'm already freaking missing each and every one of you. huhu lets meet up soon!

This trip is brought to you by Tourism Malaysia and Labuan Tourism

 Disclaimer
All Photos officially taken for What So Sizzle Bout Sizzling Suzai?
Hence, the used of any photos above without permission or linked back to this blog is strictly offended. Thanks!


xoxo

Post a Comment

16 Comments

  1. Ya allah dik....akak x leh tgok makanan tu semua ha...allah sedpanya..tak sangka Labuan ada jer tempat2 best nak di explore kan..tgok perusahaan ikan bilis tu buat akak teruja..bila la akak dapat pi terjah Labuan ni...kalau ada geng lagi best kan

    ReplyDelete
  2. yer sis, lepas nie ingat tau, Labuan bukan Sabah tau sis. hahahhaa. menariklah tempat2 dekat labuan nie. tak pernah lagi jejak kaki ke sana tapi teringin pergi sebab ciri2 tmpt dia pon ala2 sabah laut jenrih biru2 gituee.

    ReplyDelete
  3. tengok u pergi labuan ni macam teringin pulak nak pergi. banyak betul tempat menarik boleh singgah. Iza tak pernah lagi datang labuan. boleh la start planning dengan husband macam ni.

    ReplyDelete
  4. Uiiii naaaa. Makin santik itu Labuan suda!

    Haha selalu pegi Labuan masa kecik sebab dekat je. Kita pun tinggal kat Brunei dulu. Rasanya dialek depa lebih kepada Brunei sbb Kedayan sebenarnya berbeza dengan dialek Brunei. Cuma org biasa cakap dua benda ni sama. Hehe.

    But woahhh 4D3N! Kita tak pernah spend that very long time. Tapi betul lah org kata, kalau biasa tempat tu rasa xnak melancong but bila tengok balik byknya tempat I miss out dah main cantik2!!!

    ReplyDelete
  5. alamakkkk. nampaknya tiket tengah murah ni kena ke labuan la pulak. banyak tempat cantik ! boleh start usha tiket dah ni. tahun depan insyaAllah sampai ke labuan.

    ReplyDelete
  6. Lia.H tak pernah lagi ke Labuan tapi ad masukkan dalam list lokasi dalam Malaysia Yang patut dilawati. Anyway bestnya kat sana. Gambar pun lawa2 lah.

    ReplyDelete
  7. My brother teaches day and I have been to all the places that you've mentioned. The beaches and the islands are pretty right?
    Now I wanna go and have the vitamin sea again.

    ReplyDelete
  8. Thank you share. Tak pernah sampai ke sabah lagi.cantik palm beach resort & spa. Bolehla masuk dlm list

    ReplyDelete
  9. saya ke labuan ada 10 tahun lalu kot. bestnya part seafoodlah kan, nak shopping takde apa sangat kat situ. still enjoy the scenery

    ReplyDelete
  10. Banyak juga kita boleh buat kalau oergi labuan kan. Saya teringin nak pergi labuan tapi tak tahu bila. Tengok gambar2 ni rasa lagi tak sabar nak pergi

    ReplyDelete
  11. weiii.. happeningnyerrr.. Banyak jugak attraction kat Labuan ekk. Paling best tengok makanan tu. Nampak sedap dan fresh. Ye la, pulau kan mesti senang dapat stok makanana laut yang fresh.. yummy

    ReplyDelete
  12. Seronoknya. Walaupun pulau kecik, banyak tempat menarik dan view cantik untuk photoshot. Hehe. Boleh lah plan pergi sana sekali

    ReplyDelete
  13. Subhanallah... Cantiknya pemandangan kat sana Suzai... Bestnya kalau dapat pergi... Makanan pun ya Allah hai, scrumptiously yummylicious looking sehhhh... Tengok homestay dan hotel tu pun nak selesa... Terbaik...

    ReplyDelete
  14. Menarik juga labuan ni ya. Macam2 ada. Banyak tempat menarik yg boleh terjah rupanya di malaysia ni yerp heheh

    ReplyDelete
  15. Wow best nampaknya. Takde la boring pun Labuan ni. Sesuai bagi yang suka nature dan ketenangan. Saya pula sukakan history kalau ke tempat orang. Thanks share benda best untuk dibuat kat Labuan!

    ReplyDelete
  16. Uish. Cantik betul pulau dkt labuan. Pulau rusukan besar pon mcm nice. Tk terjangka dkt sana menarik mcm ni. Kena masuk dlm list travel pulak la lepas ni. Nice info

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Thanks for reading!