Buffet Ramadhan 2022 Kuala Lumpur - Masakan Autentik Melayu Enak di Zebra Square KL

 

Salam Ramadhan

Alhamdulillah kita semua dipanjangkan umur lagi untuk bertemu dengan bulan mulia, Ramadhan Al Mubarak. semoga kt sentiasa berjaya menahan lapar dahaga nafsu dan dalam masa yang sama terus berusaha melipat gandakan amal ibadah sepanjang bulan ini amin!

OK selain dari bazar ramadhan, moreh after terawikh HAHA bulan Ramadhan juga sangat dinanti-nantikan kerana lambakan tawaran buffet Ramadhan! here is one of it yang sempat saya pergi dan rasakan sendiri makanan yang dihidangkan. 

Bertempat di "event venue" yang terkenal di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, "Zebra Square KL" yang terletak di Jalan Kg Pandan, Off Jalan Tun Razak. buffet ramadhan ini bermula dari 7hb April 2022 hingga ke 30hb April 2022.

Berkonsepkan masakan melayu dan sedikit western, buffet spread ini disediakan oleh Executive Chef Mohamed Muzaffar and the dedicated team. terdapat juga "action stalls" yang menyediakan mee kari, mee sup, satey dan minuman sejuk laicikang,
















Buffet spread yang menawarkan masakan-masakan autentik melayu seperti Nasi Minyak, Daging Gulai Utara, Ikan Masin Nenas, Ikan Bakar, Ayam Kurma, Ayam Palembang, Rendang Daging, Aneka Kerabu termasuk lah kerabu Perut serta Lempeng dan rakan sejatinya Sambal Bilis yang wajib korang rasa. haha sebab semua rakan saya setuju yang lempeng dan sambal bilis ini memang terbaik!

Pada saya lauk -lauk yang dihidangkan semuanya sedap, cukup segala rasa. favourite saya sudah tentu Gulai Ikan Masin Nenas dan Terong Berlado! serasa seperti makan kenduri di kampung halaman ya.


A succulent grilled lamb is the center of attention and I do agree that the lamb meat is tender enough and the blackpaper sauce is so yummy! yang ni pun korang wajib try, memang beratur panjang masing-masing nak mendapatkan daging kambing bakar ni. ada juga fries yang siap digoreng untuk korang makan bersama, so siapa yang diet nasi tu jangan risau!






Konsep traditional atau "kampung" yang cuba diketengahkan ditambahkan lagi dengan hidangan lebih 50 jenis kuih-muih traditional melayu & nyonya. the kuih-muih is so tempting, look at the colourful dishes! tolong lah rasa kuih "Cara Berlauk" mereka sangat sedap! selain itu, ada juga buah-buahan segar, pudding, kek dan pelbagai jenis minuman. macam biasa lah teh panas buffet tak pernah tak sedap, haha sila lah korang try juga ok!

PRICING : RM125 nett (adult) | RM55 (child / senior citizen)

CONTACT (for reservation) : 017 570 7039 / 017 251 6315

WAZE : "Zebra Square KL"
No. 18 & 20, Jalan Kampung Pandan, Off, Jalan Tun Razak, 55100 Kuala Lumpur

xoxo

Post a Comment

0 Comments