Larney X Locka Urban Raya 2019

By Friday, May 31, 2019 ,


with my dear friends at the event, Daniel and Arif  #GengBelitung :)


Salam Ramadhan

Raya semakin hampir! sudah pasti ramai yang masih kelam-kelibut membuat persiapan terakhir lebih-lebih lagi dari segi pakaian raya. Sebenarnya pada bulan lepas, saya telah berkesempatan menghadiri fashion show untuk koleksi istimewa gabungan dua jenama besar di Malaysia, Larney dan Locka!



Rekaan yang elegan dan bergaya menjadi taruhan bagi setiap pereka fesyen. Terkenal dengan skirt berlisu, jenama Larney dan rekaan bergaya, jenama Locka buat julung kalinya bekerjasama untuk mempersembahkan koleksi ‘Urban Raya 2019 with Larney & Locka’Sempena Lebaran ini, koleksi ‘Urban Raya 2019 with Larney & Locka’ khusus buat wanita muda yang mementingkan gaya dalam setiap penampilan.


Kolaborasi sulung Larney dan Locka bertemakan ‘Urban Raya‘ ini menampilkan 50 rekaan pelbagai gaya dan warna. Bermain dengan potongan klasik bernafas moden, himpunan warna yang sinonim dengan lebaran dan pilihan fabrik indah seperti renda, batik, songket dan juga corak yang mampu menangkap perhatian sewaktu Raya nanti.


“Koleksi ‘Urban Raya 2019 with Larney & Locka’ menjanjikan sesuatu yang unik dan pastinya bergaya. Kami menitik beratkan tentang pemilihan fabrik yang sesuai dan mempunyai faktor tarikan dalam sesuatu rekaan itu. Kemasan dan perincian yang teliti bagi setiap rekaan juga diambil kira. Dengan bertemakan ‘Urban Raya’ koleksi ini mensasarkan golongan wanita urban yang bekerjaya.



Koleksi ‘Larney x Locka Raya 2019’ 
ini boleh didapati di laman sesawang Larney dan Locka

1. ‘pop-up’ store Raya di KLCC 
2. ‘pop-up’ store Raya One Utama
3. butik Locka di One Utama


me with kesayangan, Ghaz and Dayah :)


LARNEY juga boleh diakses secara atas talian (http://larney.com.my) dan http://www.fashionvalet.com) serta rangkaian premis FashionValet di Bangsar Village 2, Pavilion, IOI City Mall dan Publika.


Selain itu, LARNEY berada di MODVIER, Bangsar.



LOCKA boleh didapati secara atas talian (http://larney.com.my) dan (http://www.fashionvalet.com) serta rangkaian premis FashionValet di Bangsar Village 2, Pavilion, IOI City Mall dan Publika.

Selain itu, di Butik LOCKA di One Utama Shopping Center.

xoxo

You Might Also Like

7 comments

  1. Hey cantik nya dia pakai baju hitam tu. Memang bagi tinggi lah! Never thought that two brands buat baju kurung raya lawa2 cuma ada yg lawa but won't pakai nak raya tapi for majlis instead, sbb sistur malas nak pakai inner. Hahahahaha.

    ReplyDelete
  2. Cantik design dia..yg penting bole beli online ..it's make our life easier..

    ReplyDelete
  3. Lawa2 baju dia hendaknya model pun cantik2

    ReplyDelete
  4. cantiknya baju gegirl tu siap ada tali dekat pinggang..corak dia pun cantik..bolehla usha tengok jap..tahun depan boleh siap beli..gituu..hehee..beli awal la pulak

    ReplyDelete
  5. Kenapa semua nampak cantik, elegen, trendy n gojes. Urban raya yang tak keterlaluan design nya. Baju nak lawa nampak mewah tapi yang penting praktikal digunakan.

    ReplyDelete
  6. Wah cantik nyer collect raya larney-x-locka, i like the versatility and also its subtle color combinations, very ellegant.

    ReplyDelete
  7. Cantik-cantik design bajunya moden dan trendy.. Sesuai kalau pakai masa nak pergi open house nanti

    ReplyDelete

I'd appreciate any comment with the used of proper words and courteous attitude. TQ so much for viewing, reading and commenting. =)))