Resipi SHELL OUT mudah di rumah sahaja


Salam Ramadhan ke 27!

Ya Allah lagi 3 hari je lagi kita bepuasa dan lagi 3 hari sahaja lagi syaitonirajim yg diikat akan dilepaskan seterusnya terus terusan berusaha menyesatkan kita anak Adam, Nauzubillah min zalik! Sesungguhnya berpisah dengan Ramadhan itu adalah satu hal yang sangat menyedihkan, this is truly from the bottom of my heart because i know how weak i am as a human being. saya tahu betapa lemahnya iman saya menghadapi ujian-ujian dunia ini. Allahuakbar, semoga kita semua terus dilindungi dan diberkati  Allah SWT amin..

Meninggalkan Ramadhan bermaksud meninggalkan jaminan diampuni dosa kita dan kesempatan meraih pahala yang berlipat kali ganda. sedih kan?? here im, sharing a dua' untuk kita sama-sama amalkan pada malam terakhir Ramadhan nanti.. insyallah


“Ya Allah! Janganlah Dikau jadikan puasa kali ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidupku. Seandainya Dikau menetetapkan sebaliknya, maka jadikanlah puasaku ini sebagai puasa yang dirahmati bukan yang sia-sia.” amin.. 
credit dua' to shafiqolbu.wordpress.com thanks for sharing :') 


 RESIPI SHELL OUT SEDAP & JIMAT

OK jom kita masak, dah habis Ramadhan nanti boleh la buat kenduri shell out dekat rumah, kalau kat kedai tu 2 org makan pun dah RM200 lebih wak, bayangkan 5 org 10 org adoi kopak lah! personally, kat kedai tu memang lah sedap giler and OK lah berbaloi jugak la tetapi kalau buat sendiri ni jauh lebih puas hati sebab kau boleh pilih sendiri seafood yang kau nak! so, here we go

Step 1 : Rebus segala seafood & sayur


Segala seafood tu, ketam, udang, kupang or even sotong ke korang harus rebus dulu ye. letak lah garam sikit dalam air rebusan tu. tapi jangan lama-lama yer, macam udang tu kalau dah bertukar warna kemerah-merahan tu angkat lah, macam sotong and sayur-sayur lagi lah sekejap je. tak sedap kalau overcooked!


Step 2 : Blend segala sepupu sepapat


Bahan-bahan (blend)
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Cili api (ikotlah nak pedas mana)
  • Cili merah (kasi cantik warna)
  • Serai (sebatang je yg lain ketuk untuk tumis nanti)
  • Belacan
  • Udang kering
  • Kiub pati ayam
  • Air perahan lemon / Air Asam sikit


Step 3 : Tumis dan siap!



Bahan-bahan (tumis)

  • Butter
  • Minyak masak (sikit and mix)
  • Masukkan segala bahan blend tadi!
  • Sos tiram
  • Sos tomato
  • Sos ikan
  • Serbuk kari ikan
  • Daun kari
  • Sedikit air (hanya selepas diasingkan sedikit sos ketepi ye)
  • Serai diketuk
  • Bawang holland (option)
  • Garam (jangan lupa oi!)
  • Gula sedikit (jangan lupa oi!)


Selepas dah masuk segala bahan tumis ni, asingkan sedikit ketepi sebagai sos (nak tuang nanti atas err as a dressing!) masukkan sedikit air dan segala bahan seafood tadi SAHAJA SAYUR DAN CORN tak yah lah sebab saya x suka sayur lembik dan jagung kena sos ni rasa kelakar lah. HAHA Jagung memang elok di sapu mentega dan garam lagi sedap! hahaha

So, kacau-kacau sikit kasi sebati dan angkat, sedia untuk dihidang! Perghhh sedap wei, tak tipu hahaha kalau ada yang nak order boleh call i HAHAHHAHA oh yer, satu pesanan tanpa penaja, make sure your seafood FRESH huhu baru lah kick! oh yar nanti i share video dekat my new instagram acc @CHEFSUZAI so pergilah follow yer

Thanks for reading and GOOD LUCK!

Sign out
@ChefSuzai

xoxo

Post a Comment

0 Comments