The effect of COVID-19 on me - Muhasabah Diri

Salam #KitaJagaKita !

HAHA honestly tak tahu dah nak bg salam apa dh ni since March 2020 sampai la sekarang ni July 2021, wei dah more than a year!! kita beriya lah #KitaJagaKita tapi kes covid makin hari makin naik ada lah and u know what? today we create another HISTORY OF COVID in Malaysia as our new positive cases is 15,902 in a day! Malaysia ni kecik je wak, population kita 32.7 million sahaja. OK kalau compare dengan India OMG 1,391.99 million! hahaha jauh sgt comparison ni ok bye LOL

Sorry for such a hypertension intro above HAHA actually i try to record this pandemic situation on this blog whenever i write a post. semoga menjadi kenangan dan lesson learnt untuk kita semua in future. bayangkan bila i baca balik post ni on the year 2023 (in wishing that this pandemic already ended by that time! amin) it must be such a devastating moment to be remembered. sedih wei sedih sangat tengok keadaan dunia yang tak pernah kita imaginasikan akan jadi begini. selalu kita tengok movie 'Zombie' kan? dimana semua umat manusia lockdown kat rumah masing-masing tak boleh keluar, jalan raya kosong and abandoned premises are everywhere kan? surprisingly, it becomes a reality! that is exactly whats happening now. Subhanallah.


Allah turunkan wabak sekecil-kecil zarah, VIRUS YANG TAK NAMPAK DEK MATA but subhanallah huru-hara satu dunia, seluruh DUNIA guys! setiap pelusuk muka bumi ini effected by COVID-19, tiada yang terkecuali. hatta, tanah suci Mekah pun, tahun lepas dan tahun ini masih ditutup untuk umat Islam mengerjakan ibadah Haji. Subhanallah, kuasa Allah. im tearing as im writing this, semoga Allah sentiasa tetapkan iman saya dan sesiapa yang membaca ini amin. Dia pencipta langit dan bumi! Dia berhak melakukan apa yang diingini dan yang pastinya segala apa yang berlaku pasti ada hikmahnya guys. 

MUHASABAH DIRI - HIKMAH PADA DIRI SAYA

Dengan menulis tulisan ini tidak bermakna saya seorang yang sempurna. jauh sekali! hari-hari saya melakukan dosa, baru je beberapa hari yang lepas berselisihan faham dengan seseorang. honestly, saya seorang yang hot tempered dan sangat frank, jadi jika ada yang tidak saya gemari, saya akan lepaskan sahaja apa yang terbuku di hati. INI TIDAK BAIK GUYS! i know that but im still doing it. huhu sekarang ada rasa menyesal la juga but nasi dah jadi bubur. semoga Suzai lebih bersabar dan berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata yang tidak menyedapkan amin

Jadi berbalik pada topik, HIKMAH COVID-19 pada diri seorang Suzai ada banyak yang telah saya list kan. Alhamdulillah saya nampak hikmah itu kerana rugi lah seseorang jika sentiasa berfikiran negative sahaja ALL-THE-TIME. rugi sangat rugi! thanks Allah kerana membuka dan melapangkan hati seorang manusia yang banyak dosa ni. huhu

1. REZEKI 

Alhamdulillah, saya masih ada kerja di zaman pandemic ini, masih mempunyai gaji bulanan. Ya Allah sedih betul melihat ramai yang terkesan akibat pandemic ini yang kehilangan kerja tidak terhitung, yang kehilangan tempat tinggal sehingga tidur di bawah jambatan dan di dalam kereta berbulan-bulan sebelum ditemui dan dibantu. memang SEDIH BETUL thanks to all those media social as without all the sharing, kita semua tak 'buka mata' dan hanya hidup dalam linkungan kita sahaja dan yang penting mereka yang memerlukan dapat segera dibantu.

Bayangkan betapa teruknya kejatuhan ekonomi semenjak PKP1.0 dahulu sehingga wujud kempem #BenderaPutih pada awal July 2021 ini. Ya Allah paling teruk, kes bunuh diri yang semakin tinggi detected pada awal bulan ni yang menyebabkan kerajaan melaksanakan kempem #BenderaPutih dan banyak pihak keluar untuk memberi bantuan #FoodBank #KitaJagaKita dan sebagainya. Sedih, terharu, bercampur baur perasaan bila tgk perkongsian dlm semua media skg ni, TV, Radio, FB, Instagram, Twitter dan segala platform yang ada. Alhamdulillah macam-macam pihak yang tampil membantu semenjak keadaan gawat ini menjadi satu topik utama di Malaysia. semoga yang dalam kesusahan tahu untuk mencari bantuan ini sekiranya tak sampai lagi pada mereka :(

Sebenarnya topik REZEKI ini sangat general. Namun, saya fokuskan pada rezeki duit dan harta benda dimana saya sangat bersyukur dengan rumah yang sangat selesa, makanan yang sentiasa terhidang di atas meja dan gaji bulanan yang saya terima itu, saya mampu membayar segala "hutang piutang" dan segala bil-bil dan sedikit diberikan juga pada parents saya. tak dapat saya bayang sekiranya, saya tidak bergaji, Nauzubillah min zalik!



2. KELAS NGAJI & TADABBUR :)

Indeed, saying Alhamdulilah is part of syukur dengan nikmat Allah secara lisannya tetapi kita juga perlu tunjukkan rasa syukur melalui tindakan juga dengan melaksanakan perintahNya. ye selain solat dan amalan-amalan wajib, perkara sunat haruslah kita selitkan dalam kehidupan seharian. again, SAYA TAK PERFECT dan saya juga tidak lah selalu istiqamah melakukan ibadah sunah ni, banyak kekurangan saya tetapi perkongsian ini hanyalah untuk memori saya sendiri. hehe dah nama pun PERSONAL BLOG tapi mana tahu boleh menjadi panduan untuk sesiapa yang membaca. semoga bermanfaat.

Hikmah dari 'lockdown' mood ni kita ada EXTRA TIME since kita semua stay kat umah je kan, wfh bagai so banyak extra masa yang ada dan kita pun tak terkejar-kejar. dan Alhamdulillah juga kerana Allah sentiasa menemukan saya dengan org yang baik-baik. ini juga satu nikmat guys!

Sebenarnya, saya dah lama ada niat nak join tadarus or kelas ngaji ni since ye lah kita baca sendiri, x semua tajwid kita betul dan sebenarnya banyak hukum-hakam tajwid belajar time sekolah dulu pun dah lupa. Alhamdulillah bermula dengan Kak Nani Rostam yang ajak saya join geng ngaji beliau dan rakan-rakannya membuka peluang-peluang yang lain, syukran kak Nani :)

Then, saya dan geng UIA kesayangan pun created another group untuk mengaji, belajar tajwid dan kelas tadabbur. Ya Allah tak tahu nak cakap camne lagi bila semua kelas ni dibimbing oleh sahabat sendiri je. sahabat yang rapat plak tu yang kita pun xde segan nak jadi diri sendiri, keluar suara petir, gelak setan ke or nak tanya pape yang patut, sangat-sangat selesa! they are all my classmates and even used to be roomates! entah lah wei saya selalu rasa camne lah depa boleh terima Suzai sebagai salah sorg member dorg huhu Alhamdulillah, thanks korang! korang is always the best!! to all these names mentioned

Wani Naget \ Ibu Baiyah \ Parhin Matori \ Wanie Chan \ Ana Sengal \ Eza Murni \ Aina Garfil

 Semoga kita terus istiqamah, Ukhuwah fillah abadan abada amin :')

3. MORE CONTENT, MORE BENEFICIAL THING-TO-DO LIST

Merujuk kepada istilah banyak masa dan tidak terkejar-kejar itu, Alhamdulillah i do really enjoy my time dekat rumah. seriously, bila dpt WFH tu Ya Allah nikmatnya! bukan la kata i nk ponteng keje haha i still buat keje bukak laptop hari-hari ye but takde la buang masa driving 35mnts to office and buang masa kat office berangan lagi, keluar lunch lagi, then driving back another 35mnts. penat buang masa je! so basically, sama je the amount of quality time tu haha

Then, as content creator ni banyak juga lah yang settle bila kita tak terkejar-kejar. HAHA seperti tiup habuk di blog ni, insyaallah saya cuba utk active kan balik page ni kerana semuanya bermula di sini, ewah! HAHA honestly, blog paling saya sayang among other social media platforms yang lain. besides the reason that i started the whole journey from this humble page, blogging juga bukan untuk semua! its only for those who have passion in sharing and of course WRITING. im so glad i have both, so jangan lah kita sia-siakannya :)

Regarding on the Beneficial Thing-To-Do List, Alhamdulillah saya pun dah start membaca balik. semoga mood membaca dan menambah ilmu tu berterusan sampai bila-bila. its actually a never ending list, selain membaca, creating a Youtube content as well as planning on my next JUMP! kita cerita ini bila dah terjadi lah ye, now still so green lah haha anyhow, semoga segala hasrat ini Allah kabulkan amin.


Ha tudia panjang berjela, sekali mai mood menulis tu memang macam ni lah. semoga mood menulis berkekalan sebab saya bercadang menyiapkan all travelog-travelog yang tertunda tu. last word, semoga Allah angkat wabak COVID19 ini secepat mungkin dan kita semua boleh kembali hidup secara normal amin :')

Thanks for reading, segala yang baik datangya dari Allah. STAY SAFE peeps!

xoxo

Post a Comment

0 Comments