Diserang Zombi di Resort World Genting Train to Busan

By Monday, November 18, 2019 , ,


Holla guys!

“Kami tidak mengambil mudah dalam mencipta dan mereplikasi kembali dunia dalam filem blokbuster Train To Busan. Ia benar-benar unik dan kami berharap para pengunjung akan menyukai pengalaman ini. Rumah Seram ini merupakan sebahagian daripada usaha kami untuk terus berinovasi dan secara konsisten memperkenalkan pengalaman baharu dan unik yang tidak ditemui di tempat lain kecuali di Resorts World Genting." 
Roger Ong, Penolong Naib Presiden Acara & Hiburan, Resorts World Genting 

Yeyy Resort World Genting telah pun melancarkan satu attraction baru di bahagian dalam taman temanya yang dikenali sebagai "Train To Busan" Saya dan rakan-rakan media yang lain telah pun berkesempatan untuk "merasminkannya" dengan menjadi yang terawal merasai pengalaman di dalam Horror House ini!


Diadaptasi daripada sebuah filem blokbuster seram Korea Selatan pada tahun 2016, Train To Busan, Resorts World Genting bakal mempersembahkan perjalanan kereta api seramnya sendiri selama dua bulan yang bakal menawarkan pengalaman menakutkan sambil berseronok buat peminat filem berkenaan dan kaki-kaki filem seram. Dengan kutipan kasar pecah panggung melebihi US$93 juta, Train To Busan merupakan filem Korea paling berjaya. Di Malaysia, ia berjaya mencatatkan jualan kasar melebihi RM21 juta dan masih mengungguli senarai kutipan Korea tertinggi.

Kesemua gabungan itu menjadikan Train To Busan satu kejayaan dalam dunia sinematik. Ia kemudian digarab menjadi satu pengalaman hiper realiti unik di Rumah Seram Train To Busan. Dibangunkan dengan kerjasama antara Resorts World Genting dan pakar reality maya Vividthree, Rumah Seram menggabungkan kesan khas yang praktikal, set dengan butiran terperinci dan juga menggunakan teknologi terkini visual serta maya untuk bawa para tetamu ke dalam dunia penuh dengan cabaran dan aksi menakutkan yang begitu dekat. 


Bahagian Pertama

Rumah Seram bertemakan persekitaran Stesen Seoul. Para penumpang akan mendapati diri mereka terperangkap di stesen berkenaan, mengelak zombie dan cuba menyelamatkan diri melalui Bilik Stor, Pasar Raya, Kedai Kopi, Koridor, Laluan Tandas dan Pagar Sesat Bercermin untuk berjaya: hanya keretapi tersebut dapat menyelamatkan mereka daripada mimpi ngeri itu


Bahagian Kedua

Rumah Seram pula akan mengambil tempat di dalam kereta api ke Busan. Sama seperti watak-watak dalam filem tersebut yang perlu mencari jalan untuk ke bahagian hadapan kereta api bagi menyelamatkan diri untuk sampai ke Busan (dimana zon kuarantin diwujudkan), penumpang Rumah Seram perlu menghadapi beberapa cabaran: perlu sampai ke Platform Kereta Api dan bahagian Gerabak Penumpang, melalui Gerabak Kargo Bahan Kimia dan Makmal CDC, sebelum selamat. Anda mungkin akan dijangkiti dan kembali menghantui mereka yang masih ada keberanian untuk meneruskan penggembaraan. 




Bahagian Ketiga


Terdapat dua bahagian pengalaman tambahan Train To Busan yang disediakan. Di dua kem induk, pengunjung yang selamat daripada hura-hara dalam kereta api boleh mengangkat senjata untuk berperang dengan segerombolan zombie dalam permainan Realiti Maya dan pelbagai aktiviti interaktif lain. Ia termasuk memakai baju perisai dan menggunakan senjata dalam mempertahan kawasan kuarantin daripada serangan zombie – sama seperti penamat dalam filem – atau kejar masa untuk mencipta vaksin melawan virus. 




Rumah Seram Train To Busan akan bertolak di Taman Tema Tertutup Skytropolis bermula 31 Oktober 2019. Ia akan dibuka pada hari Jumaat hingga Ahad, 1 November hingga 1 Disember 2019, dan setiap hari bermula 2 Disember 2019 hingga 1 Januari 2020. Tiket-tiket dijual pada harga RM90 (RM80 untuk ahli Kelab Ganjaran Genting). Terdapat juga pakej kombo Rumah Seram sekali masuk bersama Pas Previu Skytropolis pada harga RM128. Buat pengunjung yang ingin memotong barisan, boleh berbuat demikian dengan membeli Pas Ekspres berharga RM30. 


Maklumat Lanjut
www.rwgenting.com
Hubungi : +603 2718 1118
BIG AirAsia member : airasia.com

xoxo

You Might Also Like

1 comments

  1. Aiyyo renungan mata dia yang mahal tu! Haha. Btw bestnya Resort World Genting sekarang! Macam-macam ada ya sekarang. Ni buat terasa nak pergi lagi ni alang2 cuti sekolah pun dah dekat kan!

    ReplyDelete

I'd appreciate any comment with the used of proper words and courteous attitude. TQ so much for viewing, reading and commenting. =)))