Buffet Ramadhan 2019 : Bangi Golf Resort hanya RM59

By Sunday, April 28, 2019 , ,


BANGI GOLD RESORT
1, Persiaran Bandar, Seksyen 1,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Salam and hey foodies!

Ahlan wasahlan kepada Ramadhan yang bakal menjelma, sedar tak sedar tinggal lebih kurang 8 hari sahaja lagi! tak sabar rasanya sebab pada bulan Ramadhan ini lah kita semua lebih fokus beribadah dan bulan ini juga lah banyak sangat Ramadhan buffet yang menarik dan berbaloi untuk dinikmati! haha salah satunya sudah tentulah di Bangi Golf Resort yang sangat terkenal di kalangan warga Kajang dan Bangi.

Sajian Tradisional Masakan Melayu

Tarikan utamanya ialah sajian lebih 200 jenis makanan daripada hidangan tradisional Melayu, yang membangkitkan kenangan masakan ibu di kampung, hingga kepada hidangan Barat bagi yang menggemarkan cita rasa lebih moden. Segala lauk-pauk yang dihidangkan memang enak dan kegemaran saya adalah Nasi Kerabu yang dihidangkan bersama ulam-ulaman. Its highly recommended!




Hidangan Istimewa oleh BGR

Seperti tahun-tahun yang lalu, kambing bakar yang dipanggang secara perlahan dan "open concept" di BGR sememangnya menjadi tumpuan para pengunjung. barisan yang panjang dan tidak putus-putus sudah tentu akan berlaku di seksyen ini haha jadi "siapa cepat dia dapat" lah ! Oh yar, jangan lupa rasakan juga hidangan istimewa buffet BGR ini iaitu Ipoh Hor Fun dan Laksa Singapura.







Manisan dan Buah-Buahan

Seriously, the buffet spread dekat BGR ini memang awesome! bukan setakat, main dish yang banyak pilihan, malahan kuih-muih, dessert dan juga buah-buahan tidak termampu untuk saya rasakan semuanya. haha yang paling saya suka sudah tentulah seksyen, King Fruit ataupun Durian hill! bayangkan dengan hanya RM59 anda boleh menikmati durian tanpa limit! kenduri durian lah guys!






Jangan risau tentang ruang buffet dan ruang makan di BGR ini kerana mereka mempunyai kawasan yang sangat luas dan selesa (with air conditioner) seperti tahun yang lalu, let me share with you one tip untuk berbuka di BGR pada bulan Ramadhan nanti adalah "datang awal" haha supaya barisan yang mengambil makanan tidak lah terlalu panjang. dengan itu, anda pun haruslah "tempah awal" haha kerana memang tak dapat harga RM59 untuk buffet Ramadhan di hotel 4 bintang seperti Bangi Golf Resort tau!


Tempahan & Pertanyaan: 1700 81 8557
#iftarBGR #ramadhanBGR #BGRbuffetramadhan #bukapuasa

xoxo

You Might Also Like

19 comments

  1. Wow! Menariknya! Dengan hanya RM55 dah boleh dapat makan 200 jenis hidangan? Memang berbaloi! Siapa yang taknak kan? Dahlah makanan semua menarik dan sedap . Semua tekak boleh masuk. Dessert dan buah2 tu Ya Allah! Cx nampak derian! Ahhahha Kena try ni

    ReplyDelete
  2. Ya Allah terliur tengok makanan kat sini..dia punya kambing tu wow..siap ada durian lagi..mmg berbaloi sgt dengan harga yang ditawarkan..bolehlah rekemen kat saudara mara ni

    ReplyDelete
  3. first time taun ni x ke bangi golf hahah! meriahnya nampak! mesti best kan taun ni ? kite paling suka yang telur tu. memang fav weh dari dlu

    ReplyDelete
  4. Yang best only kat sini i nampak ada durian untuk buffet ramadhan. Menu dia nampak banyak pilihan dan sedap. Harga pun menarik gak.

    ReplyDelete
  5. Bangi Golf resort selalu ada tarikan dia , eh memang sedap juga la buffet ramadhan kat sini

    ReplyDelete
  6. what? biar betik? harga hanya RM59 untuk lebih 200 jenis hidangan? wow! berbaloi sangat ni. boleh lah buka puasa kat sini nanti. jom ramai ramai?

    ReplyDelete
  7. eh murahnya awak... siap durian pulak tu.. teruja la kita baca ni haaa...

    ReplyDelete
  8. Serius cakap bangi golf resort ni memang tempat bukak puasa yang terbaik dengan pilihan makanan dan harga dia kan. harag dia boleh kata antara yang termurah antara buffet buffet ramadan yang lain yang dekat hotel hotel atau resort ni

    ReplyDelete
  9. Aduh aduhhhhhh.... Durian ohh durian! Durian tu dah bikin kita tak keruan seyhhh. Terus rasa nak booking tuk sekeluarga. Harga pun berpatutan sangat.

    ReplyDelete
  10. Yummy!! Nampak sedap sangat. I should try this buffet too.

    ReplyDelete
  11. eh ada juga ke masa kat Bangi Golf Resort tu ? serious tak nampak dan perasan pon. memang ebst hidangan berbuka dekat sini. meriah pilihan dia. harga pon murah dan berpatutan. best sebab ada durian.

    ReplyDelete
  12. Murah la harga yang ditawarkan. Jarang nak jumpa harga semurah tu. Dengan makanan yang pelbagai.
    Kambing golek tu memang ramailah yang akan serbu, tengok pun tau dah memang sedap.

    ReplyDelete
  13. ya ampunnn sedapnya makanan kat sini...makanan tradisi tak lapuk dek hujan tak hilang di zaman....terutama kambing golek tu ayoyoyo nampak sedap giler...belanja akk makan kat sini plisssss

    ReplyDelete
  14. Bangi dah dekat. Biasa pergi buffet dekat Uniten. Rasanya tahun ni boleh ubah angin. Nampak menarik semuanya. Siap ada durian.

    ReplyDelete
  15. fuh.. satay tu nampak nyum2.. sedapnya alahai.. haha.. terkomen satay pulak.. hihi.. TB pun kalau pi makan kat hotel.. TB suka yang ala-ala Sajian Tradisional Masakan Melayu jugak.. sebab tekak dah biasa dengan semua tu.. tapi kalau yang western pun ok jugak.. takde masalah semua leh masuk.. kecuali batu.. hahaha

    ReplyDelete
  16. 59 is really not bad tho! And ah mencikkk letak nasi kerabu first. hahaha i love nasi kerabuuuu a lot. Hmm but bangi so far to go kalau kebetulan area tu time puasa i definitely will singgah!

    ReplyDelete
  17. Meriah jugak ye menu dia. I olss dapat gak jemputan tapi tak dapat gi hehe..last year i gi memang sedap jugak la food dia harap tahun ni pun lebih sedap heheh tapi harga dia sangat berpatutan kan?..

    ReplyDelete
  18. Every year memang akan pergi makan kat sini. Makanan dia semua sedap sedap. Tahun ni tak sempat nak pergi sesi review. Buffet Ramadan kat sini memang berbaloi

    ReplyDelete
  19. Dah berapa tahun memang tak miss berbuka puasa kat sini. Tahun ni pun nak gi lagi. Menu dia memang sedap2

    ReplyDelete

I'd appreciate any comment with the used of proper words and courteous attitude. TQ so much for viewing, reading and commenting. =)))