Bufet Ramadhan 2018 : Taste of ASEAN di D'saji Titiwangsa KL Memang Berbaloi

By Friday, June 08, 2018 , ,


Salam Ramadhan yang ke 23! Alhamdulillah untuk segala nikmat dan rezeki yg Allah bagi, nikmat masa dan tenaga untuk beribadah serta rezeki iftar yang tak putus-putus! tak pernah lagi saya kebuluran, tak pernah lagi saya putus sumber makanan, malahan family dan ramai kawan-kawan yang baik hati siap belanja lagi. Ya Allah murahkan lagi rezeki kami semua amin.. :)

from top left : Khai / Kak diya / Yazid and from below left : Amir / Yours truly / Pojie

OK itu intro Ramadhan hehe so, intro BUFFET RAMADHAN yang nak dikongsikan kali ni ialah pada minggu lepas, saya dan #BloggerBuddies kesayangan saya telah berpeluang untuk gather and buka puasa sama-sama. Thanks BangKhai haha tq tq and Kak Diya sayang bucuk macam sebab ajak saya and saya pun gigih lah drive sesak-sesak dari KD ke tengah-tengah KL ni. HAHA DEMI KESAYANGAN APA PUN BOLEH!


So, bertemakan "Taste of ASEAN" D'saji Titiwangsa KL kali ni menghidangkan pelbagai jenis juadah ringan dari negara-negara ASEAN seperti Indonesia, Brunei, Singapore, Vietnam dan Philipine yang mana saya percaya makanan-makanan ini sudah serasi dengan kita, Malaysian. contohnya, Murtabak Singapore yang sememanganya sangat popular di bazar-bazar ramadhan. Menarik serius banyak sangat pilihan sampai saya pun tak mampu nak merasa semua! haha


OK untuk yang tekak jati rakyat Malaysia, jangan risau! NASI PUTIH, LAUK-PAUK dan ULAM-ULAMAN tetap ada! haha typical dish macam sambal ayam, gulai daging salai, telur itik masak gulai serta kerabu semua ada and serious, masakannya sedap! bukan takat-takat "asal ada" je.


Lagi satu "benda" yang wajib ada dekat setiap buffet ramadhan zaman sekarang ialah KAMBING GULING! hehe beratur panjang orang nnak merasa keenakkan daging kambing ni dan yang pasti sebagai peminat kambing no.1 di dunia, saya dengan yakin menyatakan yang daging kambing grill mereka ini sangat-sangat enak, cicah dengan black pepper sauce pulak, memang terangkat! haha tak tipu 2, 3 kali kitorang bangun pergi topup kot?!


Tambahan makanan-makanan yang lain pun tak nak kalah! walaupun hanya keropok lekor and cucur, OMG sedap wei! haha saya tak tahu lah semua sedap mungkin sebab puasa kot? haha tapi serious sebab keropok tu dorang goreng on-the-spot so makan panas-panas. padu!

oh yar takde gambar but SUP TULANG pun adalah juadah yang WAJIB ANDA RASA! pengunjung-pengunjung menyendok sampai licin lah kawah besar tu, daging dia lembut and sup dia terbaik! as you could see, siap ada steamboat buffet corner juga. OMG honestly, saya dah surrender dah haha yang ni saya tak mampu nak rasa dah but korang boleh pilih je apa yang korang nak, then, ada chef kat tepi tu akan masakkan.


OK dah dah, so ini pulak bahagian MANISAN je ok. pemanis mulut katanya tapi pilihan dia memang memeningkan kepala kan? haha saya hanya mampu rasa kek pandan hijau tu je mak aih, soft and just nice. haha sampai kek tu pun sedap! melampau betol tahap puasa saya kot?! haha


OK ni korang akan lagi tergelak lah, HAHA serius lah TEH TARIK dia kaw giler kot! standard Teh Tarik Place tu! HAHA bayangkan pertama kali, saya tak pandang kopi and i chose Teh Tarik instead. haha all my friends know that how much im addicted to coffee kot? OK ni pun WAJIB RASA Okey


OMG ada lagi?? HAHA Churros pon hado kaw! siap bagi pilihan topping, honey ke, caramel ke, chocolate ke, korang just pump je kat atas churros tu. Terbaik lah D'saji Titiwangsa KL !!


So, ini adalah gambar-gambar sekitar restauran D'saji Titiwangsa KL atau juga dikenali sebagai "restauran terapung" kawasan dining yang luas, nice decoration dan selesa! OK yang penting SURAU ADA DISEDIAKAN, belakang area stage tu je. jangan risau, lepas solat maghrib boleh sambung lagi makan dan makan sampai dorang tutup! HAHA banyak pilihan ni memang kena stay lama tau, rugi! rugi! overall, saya sangat berpuas hati and saya recommend korang buka puasa di sini juga. sempat lagi ni! thanks for reading :)


HARGA
Kanak-kanak 4-12 tahun = RM51
Kanak-kanak 12 tahun keatas & dewasa = RM85

MEDIA SOSIAL

HUBUNGI
03 4021 0098


xoxo

You Might Also Like

0 comments

I'd appreciate any comment with the used of proper words and courteous attitude. TQ so much for viewing, reading and commenting. =)))