Bufet Ramadhan 2018 Restoran Rebung Chef Ismail

By Sunday, June 10, 2018 ,


Bazaar Ramadhan Buffet 2018 di Restoran Rebung Chef Ismail Bercakap pasal menu makanan asli Melayu, pasti ramai yang tahu keenakan makanan di Restoran Rebung Chef Ismail. Chef Ismail memang sangat menitikberatkan kepelbagaian menu dan rasa yang akan mengamit memori.






Lokasi baru Restoran Rebung Chef Ismail berada di Taman Botani Perdana ni mampu mengisi hampir 500 pengunjung dalam satu masa, konsep restoran pula sangat unik dihiasi dengan barang-barang antik. Tahun 2018, buffet Ramadan di Restoran Rebung Chef Ismail berkonsepkan "Bazaar Ramadhan" yang mana mereka membawakan antara juadah dan menu yang paling popular di bazaar-bazaar Ramadhan yang paling popular di negeri-negeri di Malaysia

Antara bazaar yang dibawa ke Restoran Rebung Chef Ismail

·         Bazaar Kampung Baru, KL
·         Bazaar Taman Perpaduan, Perak
·         Bazaar Pekan Rembau, Negeri Sembilan
·         Bazaar Peringgit, Melaka
·         Bazaar Batu Burok, Terengganu


·         Wakaf Che Yeh, Kelantan









Hampir 80 jenis hidangan akan mengisi ruang buffet Ramadhan di Restoran Rebung Chef Ismail tahun ini. Selain daripada menyediakan menu-menu sampingan, antara hidangan utama yang akan disajikan, pelbagai jenis nasi seperti nasi putih, nasi ulam, nasi tomato, nasi hujan panas, nasi minyak dan nasi biryani yang akan dimasak mengikut hari-hari yang tertentu. Lauk pauk pula yang wajib dicuba ialah, Daging Salai Masak Lemak Cili Padi, Ikan Pari Masak Asam Pedas, Ikan Patin Masak Tempoyak, Masak Lemak Rebung dan Perut, Ayam Percik dan sambal-sambal yang menjadi identiti masakan rumah Melayu






Disamping makanan utama, konsep bazaar Ramadhan tahun ini akan mengetengahkan menu makanan kaki lima yang biasanya ada di bazaar Ramadhan, antaranya  roti jala, murtabak, mee goreng mamak, char kueh teow, ayam percik, bubur lambuk, kuih onde-onde, ikan bakar air asam, laksa, popiah basah dan macam-macam lagi!  





Harga
RM79.50 untuk dewasa
RM53.00 untuk kanak-kanak berumur antara 5-11 tahun

Pakej Bufet Ramadhan
Bermula dari 18 Mei sehingga 13 Jun 2018

Untuk tempahan
hubungi 03-2276 3535.


Written by ZayZainuddin and Edited by SizzlingSuzai

xoxo

You Might Also Like

0 comments

I'd appreciate any comment with the used of proper words and courteous attitude. TQ so much for viewing, reading and commenting. =)))