Buffet Ramadhan 2018 di Royale Chulan Bukit Bintang

By Monday, April 16, 2018 ,


Assalamualaikum and hai guys.. 

Membuka tirai BUFFET RAMADHAN 2018 hehe let me share satu lokasi berbuka puasa yang berdekatan dengan tempat membeli-belah terkemuka di Kuala Lumpur seperti Pavilion, Time Square, Low Yat dan Jalan Bukit Bintang.. iaitu Royale Chulan Bukit Bintang.

Bayangkan selepas penat membeli-belah untuk persiapan raya you guys tak perlu berkejar pulang ke rumah untuk berbuka puasa kerana Royale Chulan Bukit Bintang terletak betul-betul di tengah pusat bandaraya KL. malahan, harga yang ditawarkan sangatlah berpatutan yang paling penting hidangan yang ditawarkan sedap dan lain dari buffet Ramadan 2018 yang lain !!!

Jom tengok serba sedikit makanan yang dihidangkan di sini!















 




Keistimewaan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang ialah Rendang Itik, Nasi Arab, Kambing Golek, Gulai Kawah dan Bubur Lambuk yang terkenal dan lazat. Bagi pencuci mulut pula terdiri dari makanan pencuci mulut gaya Barat hingga kuih tradisional.

"Royale Chulan Bukit Bintang juga menganjurkan Kempen Amal Ramadan yang dipanggil Kad Ketupat untuk anak-anak yang kurang bernasib baik di rumah amal yang dipilih Rumah Anak Yatim Shifa. Oleh itu, mari kita semua berikan kembali pada bulan Ramadan tahun ini dengan membantu golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik dengan menaja Kad Ketupat sebanyak RM10.00 dan semua hasil akan diperpanjang ke Rumah Anak Yatim Shifa, "kata Pengurus Besar Royale Chulan Bukit Bintang Mashor Din


Promosi Khas Ramadhan

Harga: 
RM78.00 untuk orang dewasa
RM 60.00 untuk Anak dan Warga Emas

Tarikh & Masa:
Dari 16 Mei 2018 - 20 Mei 2018
7.00 malam - 10.00 malam

Maklumat lanjut
Hubungi : Delia Zamir | 016-2167480 
Email : delia@royalechulan-bukitbintang.com 

Ditulis oleh ZayyZainuddin dan Diedit oleh SizzlingSuzai

xoxo

You Might Also Like

1 comments

  1. Harga buffet reasonable..best jugak makan kat sini..rendang itik tu sangat yummy....

    ReplyDelete

I'd appreciate any comment with the used of proper words and courteous attitude. TQ so much for viewing, reading and commenting. =)))