COAST GUARD MALAYSIA OPS HELANG (2023) Review : Berbaloi tonton atau tidak


Salam and hi guys,


Berhabuk lama dah blog. adoi sorry lah so many things nak kena update zaman ni and im seriously juggling with creating content and yup doing the write up in here! tak cukup tangan and otak pun haha dah macam sotong LOL anyhow, saya cuba yang terbaik ya :)


So 2 hari lepas, saya dijemput ke Malam Gala Filem Coast Guard : Ops Helang. TBH, action movie bukan lah satu genre favourite saya melainkan cerita itu dilakonkan oleh actor kegemaran saya seperti Saharul Ridzwan yang memegang watak utama di dalam filem COAST GUARD Malaysia ini. Haa ada juga crush para gadis iaitu Gambit Saifullah di dalam filem ini walaupun bukan lah memegang watak utama. HAHA tak puas nak tatap guys! 

So, persoalannya berbaloi ke tidak untuk pergi ke panggung wayang dan menonton filem Coast Guard versi Malaysia ini?

Before kita proceed haa apa itu Coast Guard?? Coast Guard sebenarnya ialah term kepada penguatkuasaan maritim dan obviously, filem ini mengetengahkan kisah tentang seorang Pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) iaitu Leftenan Hafiz yang berdepan dengan serangan lanun di atas sebuah pulau.

To be specific, plot cerita tertumpu kepada watak utama iaitu Leftenan Hafiz bersama Leftenan Melati dan pasukan Maritim menyelamatkan mangsa-mangsa yang dijadikan tebusan dan dalam masa yang sama mahu menumpaskan sekumpulan penjenayah itu.

Pujian harus diberikan kepada dua pelakon wanita utama filem ini iaitu Julia Farhana Marin dan Trisha Ooi. Ini pertama kali saya menonton lakonan mereka dan saya dapat rasakan “hidupnya” watak Leftenan Melati dan Trisha (rupanya she memang seorang stunt performer dan martial artist uols HAHA hasil stalking her Instagram lol) lakonan mereka memang “A” dan tambahan lagi mereka berdua mempunyai babak-babak aksi berlawan yang memerlukan penggunaan seni mempertahankan diri, pergh memang jadi!

Dear Julia and Trisha, I love seeing how you guys are so into the characters and with that right facial expression. Thumbs up as keeping that fiery eyes while doing the fighting scenes are not easy though. Congrats ladies, semoga you both fly higher dan terus success dalam industri perfileman ini.

Ada juga barisan pelakon popular dan sedia maklum hebat yang turut sama menyumbang kepada keberkesanan penceritaan iaitu Sabri Yunus, Adlin Aman Ramli, Gambit Saifullah, Datuk Fizz Fairuz dan Aziz M Osman. Tidak dinafikan watak mereka lah yang menghidupkan lagi cerita ini.

Filem arahan Allahyarham Pitt Hanif ini sebenarnya telah memulakan pengambarannya sejak tahun 2017 lagi dan menelankan kos sebanyak RM13 juta. Mengambil masa selama lebih 3 bulan dan 65% dilakukan di Kawasan laut dan pulau sekitar Pulau Langkawi, Kedah. Ye seperti yang mahu diketengahkan filem berkisarkan tentang pasukan maritim ini, memang memperlihatkan babak-babak di Kawasan perairan. Baru lah betul kan?! HAHA kerana ada member saya yang komen tentang sebuah filem tentang tentera udara tetapi hanya 20% sahaja babak di udara LOL

Skala filem ini agak besar dengan melibatkan penggunaan beberapa asset ketenteraan iaitu 3 kapal besar, 4 helikopter 10 bot laju dan kelengkapan senjata api dan “machine gun”. Selain seperti yang saya katakana di atas, ada beberapa babak yang pengambarannya dilakukan betul-betul di tengah lautan. Haa macam tu lah buat filem HAHA titanic pun berlakon dalam “studio lautan” guys LOL terbaik lah!

Well kalau nak cerita deep lagi tentang plot, saya boleh katakan yang plot nya tidak boring. Ceritanya bergerak pantas walaupun dari awal sudah dapat agak “watak antagonis atau dalang” dalam pasukan Maritim itu LOL HAHA keliru juga saya kenapa perlu di “highlight” watak itu dari awal. So bila sampai di plot twist itu, tak rasa terkejut lah and we all went like “hmm dah agak dah” LOL

Anyhow, ada juga plot twist yang “menjadi” iaitu di babak akhir. Haa apa yang berlaku tu?? HAHA saya tak boleh jadi spoiler lah, you guys need to go and watch it by yourself. So, berbaloi ke tidak untuk pergi ke panggung wayang dan menonton filem Coast Guard versi Malaysia ini? HAHA yes, sememangnya berbaloi!

Jadi secara keseluruhannya saya bagi 4 out 5 bintang untuk filem pertama di Malaysia yang berkisarkan tentang pasukan Maritim ini!


Btw i was having a great and shorty "movie night" with my #GengCampingLalala haha meh i mention nama sorang-sorang. thanks for joing Megat, Dayah, Nafis, Khalid, Wan, Mal and Luqman and jumpa lagi insyaallah and thanks MURAI MY for the tickets!


xoxo

Post a Comment

0 Comments