Halal Indonesian SUNDA Cuisine : Restoran Anggrek Kuring

By Sunday, October 07, 2018 , , ,


Salam..

Hey hey its been a long time i tak tiup habuk kat blog ni! HAHA sorry for the hiatus peeps. so, hari ni nak share pasal favourite topik ramai orang iaitu MAKAN! as tittle mentioned, ini adalah sebuah restoran HALAL (of coz!) Indonesian Cuisine. haa di Malaysia ni kita lebih familiar dengan masakan style Padang kan tetapi yang menariknya Restoran Anggrek Kuring menyediakan hidangan SUNDA yang berasal dari Jawa Barat.

Perbezaan yang utama antara masakan Padang dan Sunda ialah masakan Sunda lebih pada kering, tidak berkuah dan gabungan asin dan manis. manakala, masakan Padang lebih berat dengan penggunaan santan kelapa. apa-apa pun HAHA dua-dua hidangan mempunyai daya tarikan tersendiri dan yang penting SAMBAL terasi mereka memang terbaik!



OK i won't go deeper into each hidangan lah but this STANDING FISH cooked with salted eggs memang terbaik! honestly, i tak pernah rasa lagi masakan begini coz selalunya kita makan salted eggs with crab, prawn or squid right? but seriously, this crispy fried fish dah lah garing, isinya lembut malahan sos salted eggs itu tidak lah terlalu asin atau terlalu manis, it just perfect. pergh meleleh air liur terbayang rasanya. adoi!


Tahu Taucho


Bakwan Jagung


Perkedel Kentang


Kangkung Belacan


Ayam Bakar Khas Anggrek Kuring (Ayam Kampung)


Rendang Daging


and this is their signature drink, Timun Juice. well, i ni bukan lah sejenis pengamal makanan yg sihat-sihat HAHA coz you know that imma coffee addict. bad me huh! tapi tak sangka air timun sesedap ini haa rasanya masam-masam sikit because ada limau but its a perfect combo! seriously, you should taste it. thumbs up!


haa #JJCM pun dah pernah sampai sini, anda bila lagi? HAHA


memang dapat feel vibe jawa tu tau HAHA restauran ni luas and sangat selesa. jangan di sangka kosong, mereka ada peminatnya sendiri. so, if you come in a large group of people, better you make a reservation beforehand. Nah 013 2098 139 (Ibu Waty)



OK i really need to thank Bloommaze Boutique Hotel for being the one yang introduce i to Restoran Anggrek Kuring branch Puchong ni. its actually just 5 minutes journey by car from the hotel masa i stay hari tu, mereka sebenarnya ada 2 cawangan tau, this one is in Puchong and another one which is quite famous tau, it is in Cyberjaya.

Photographed by SizzlingSuzai


FYI Kedainya kat tingkat atas ye!


Restoran Anggrek Kuring (Puchong)

No. 30-1, Jalan Puteri 1/4,
Bandar Puteri 47100,
Puchong, Selangor

Contact | 013 2098 139 (Ibu Waty) / 03 80638 050
Official Pagehttp://anggrekkuring.com/


xoxo

You Might Also Like

0 comments

I'd appreciate any comment with the used of proper words and courteous attitude. TQ so much for viewing, reading and commenting. =)))