Nasi Ganja Ipoh Yong Suan Coffee Shop

By Friday, September 25, 2015


Yong Suan Coffe Shop (Nasi Ganja) | Jalan Yang Kalsom, 30250 Ipoh, Perak, Malaysia

AKHIRNYA dapat juga saya rasa NASI GANJA yang famous giler ni! Eh untuk menarik minat membaca anda, saya rojakkan bahasa entry ni ye HAHAHA eh lama kan tak cerita pasal makanan har hamek! so sebenarnyakan selama ni saya ingatkan lokasinya di Penang lol maklumlah Penang kan memang terkenal dengan pelbagai makanan-makanan yang super glamer and super rare lol so, sempena dengan event #HondaFamilyRoadTrip3 baru-baru ini mereka telah aturkan lunch kami di Restauran Yong Suan untuk merasa sendiri kelazatan Nasi Ganja Ipoh ini. again, its actually in my bucket list, thanks Honda Malaysia, you guys are super awesome! :)


Nasi Ganja ini sebenarnya adalah spesis yang sama dengan Nasi Kandar haq yang banyak-banyak lauk tu. tu pon kalau tengok kat atas ni, takdelah banyak na kan memang Nasi Kandaq lagi menang or bagi saya Kedai Ikan Bakar Kg Baru time lunch hour tu laaaaagiiiiiiilahhhhhhhhhh overloaded sangat lauk-pauk dia. HAHA serius semua jenis lauk ada! OK berbalik pada gamba di atas, so apa yang menjadikan Nasi Ganja ni gile istimewa kan? Sambal kelapa dia sebenaanya haq yang sebelah kiri dalam periuk besaq tu. lah kenapa cakap utagha plak ni? lol


So, basically Nasi Ganja adalah Nasi putih + Ayam / kambing kari + Telur masin + Sambal Kelapa yang special tu. Adoi ini masalah saya HAHAHA jangan tanya camne rasa semua di atas kerana HAHAHA saya pon dah tak ingat apa-apa dah lagi-lagi masa kami makan tu, perut saya tengah kekenyangan and makan macam rushing2 ni saya tak dapat nak feeling sangat! HAHAHA anyhow, nothing is bad yet nothing is over the top. hence everything is nice and sangat sangat sesuai untuk hidangan makan tengahari. another thing, sorry couldn't provide you the costing as Honda Malaysia yang sponsor kami pada hari itu. hehe Oh jangan lupa minta dessert Puding Caramel dia tau, memang sedap lembut sangat smapai tak terasa die lalu kat tekak, tengok tengok kawan saya dah sebat habis tinggal sesuap je untuk saya ceh!! sedap na la tuh !


Eh bukan ini bukan Nasi Kandaq Beratuq haha Restauran Yong Suan ni lah yang jual Nasi Ganja Ipoh. memang ramai, yang beratur satu hal yang kat dalam kedai luar kedai belah tepi pon ada table tau. semua penuh! OK jangan risau memang ini adalah sejenis restauran cina atau saya rasa lebih pada kopitiam lah style lama-lama dulu tu (dia pon tulis Coffee Shop kot lol) tapi empunya Nasi Ganja ini adalah India Muslim OK.

Konklusinya gituhhh, memang saya nak pergi lagi sebab kali ni saya nak menghayati rasa keenakannya. HAHA ingat kosongkan perut anda sebelum ke sini yer barulah nikmat! hehe Selamat Mencuba! lapar plak saya cerita pasal makanan kol 2 pagi ni...........selamat malam semua, mimpi yang indah indah sahaja yer :)

Credit Info to Janggeltrekking2Facebook 

xoxo

You Might Also Like

2 comments

  1. HAHA akhirnya sampai juga saya ke entry ni! Thanks sebab sudi baca blog saya juga!
    Yang penting Nasi ganja ni memang sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe baru bace nk reply jugak, thanks for replying my visit as well! :)

      Delete

I'd appreciate any comment with the used of proper words and courteous attitude. TQ so much for viewing, reading and commenting. =)))