Butik Dyana Bangi Grand Opening di Bangi Sentral

By Monday, September 28, 2015 , ,

happy faces, maklumlah dapat kupon percuma jubah dan shawl D'yana!
Pn Ira sedang di interview untuk rakaman Safiyya TV9, nantikan..
special discount turut diberi sempena Grand Opening ini
model memperagakan salah satu jubah D'yana
orang ramai berpusu-pusu masuk selepas sahaja pintu dibuka seawal jam 11am!

NO 5-19-01 JALAN MEDAN PUSAT BANDAR 8A,
BANGI SENTRAL, BANDAR BARU BANGI,
43650 BANGI, SELANGOR

Contact no 018 587 8020 | Operating Hour 11 am – 8 pm (Monday-Sunday)


"Your Muslimah Fashion Specialist"

Pembukaan Bangi outlet di Bangi Sentral baru-baru ini melengkapkan total outlet D'yana yang ke-6. Untuk pengetahuan anda, pertama kali saya mengetahui tentang jenama D'yana ialah pada 2 tahun lepas apabila saya juga dijemput untuk Grand Opening 1st D'yana Outlet di Wangsa Melawati (HQ). click here for the full story. Bayangkan dalam masa 2 tahun, D'yana telah berjaya membuka 6 buah outlet termasuklah Wangsa Melawati, Shah Alam Sek 7, Seremban 2, Alor Setar, Sg Petani dan Bangi Sentral. Tahniah D'yana!

Sempena pembukaan besar-besaran di Bangi Sentral ini, pihak D'yana telah menawarkan sesuatu yang istimewa untuk meraikan perasmian ini. Peminat-peminat jubah D'yana telah beratur seawal 6 pagi untuk mendapatkan tawaran kupon PERCUMA Jubah D'yana dan Shawl D'yana yang hanya ditawarkan kepada 100 pelangan yang pertama!

Busana D'yana sesuai juga digayakan untuk majlis perkahwinan atau mungkin pertunangan anda sendiri! hehe ini fav saya!


Jahitan labuci yang kemas dan menarik!

Mengutamakan design yang menutup aurat dan ringkas serta dijahit dari fabrik yang berkualiti tinggi menjadi fokus utama pemiliknya, En Shafie Borhan dan isterinya, Pn Ira Abdullah. Manakala dari segi perinciaan pula, mereka gemar bermain dengan lace dan labuci yang dijahit kemas pada setiap helaian D'yana. Jika diteliti dari segi warna pula, pilihan yang luas disediakan kerana busana-busana D'yana ini didatangkan dalam pelbagai warna-warna yang terang, berani dan menarik namun bagi yang lebih gemarkan warna-warna pastel, earthy atau low-tone anda tidak perlu risau kerana pilihan untuk anda juga banyak!

Model dan Pn Ira menggayakan Jubah D'yana
Antara busana untuk kanak-kanak. tq Yaya jadi model akak haha
Model yang cantik bertambah cantik dengan shawl lace koleksi D'yana

Dari segi harga pula, jubah-jubah D'yana berharga sekitar RM129 sehingga RM249. Bukan tu sahaja, D'yana Butik juga turut menawarkan shawl lace yang cantik-cantik serta baju-baju untuk kanak-kanak. Sempena Grand Opening ini, shawl lace telah ditawarkan pada harga RM100 sahaja untuk 4 helai! Rugi kan korang tak datang! hehe

Selepas pembukaan di Bangi Sentral ini, pihak D'yana bercadang untuk membuka dua buah butik lagi di Kota Bharu Kelantan dan Pasir Tumboh. Target mereka adalah untuk membuka 10 outlet D'yana sebelum berakhirnya tahun 2015 ini. Wah sangat-sangat mengagumkan saya! Semoga D'yana terus maju dan menjadi salah satu label muslimah yang ternama di Malaysia ini amin.. :)

with my beloved blogger buddies, Nanie Yaya and Pika. Thanks Pn Ira jemput kami yer :)
susah nak bertembung dengan akak dagu runcing ni kat mana-mana event HAHA
The great team behind the D'yana Bangi. best of luck guys!!

So, jangan tunggu lagi, cepat-cepat kunjungi outlet D'yana Bangi ini ataupun mana-mana outlet yang lain untuk mendapatkan busan-busana D'yana serta shawl-shawl D'yana selagi stock masih ada! Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman-laman official D'yana seperti yang tertera :)



Official Page | http://www.dyana.com.my/




xoxo

You Might Also Like

2 comments

  1. Ok bai! muka cek setepek besar! hahahaha :) ngada suzai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHHAHAH alahhhh muke i pon ape kurangnyerr thp kebesarannye d situ! HAHAHAHHA

      Delete

I'd appreciate any comment with the used of proper words and courteous attitude. TQ so much for viewing, reading and commenting. =)))