Ayam Masak Butter Ala SizzlingSuzai

By Sunday, April 19, 2015 ,


Har resipi yang dinantikan ni walaupun anda boleh jumpa je dekat google sebab ramai akak2 dah update cara masakan dorang. haha so, credit to them ok, sorry saya refer banyak sangat blog jadi tak boleh nak specify kan mana satu haha. anyhow saya dah lama terliur nak try masak ni walaupun tak pernah cuba dekat mana-mana kedai (seriously?! LOL) tapi bila nampak je orang upload gamba masakan ni, mula lah kecuq ayaq liuq ceq na. haha so, here is my own way to cook this Buttered Chicken! hmmm tak salah juga kalau nak ganti dengan Udang ok :)


Bahan-Bahan A (Perap Ayam)
1) Isi Ayam / Ayam dipotong kecik elakkan yang bertulang yer 
2) Telur
3) Kunyit
4) Tepung Gandum

Bahan-Bahan B (Kuah Butter)
1) Butter (satu sudu besar)
2) Cucu Cair (setengah tin)
3) Cili Padi
4) Bawang Putih
5) Daun Kari (setangkai)
6) Tepung Jagung (satu sudu kecik)
7) Garam (secukup rasa)
8) Serbuk Kari Ayam (Sudu kecik / Optional ok)


CARA-CARA A (Ayam Goreng Rangup)
Perapkan ayam bersama kunyit dan telur. Panaskan minyak, celupkan ayam ke dalam tepung dan goreng sehingga kuning dan rangup. Angkat dan toskan.


CARA-CARA B (Kuah Butter)
Panaskan kuali dan masukkan butter dan biarkan cair. Masukkan Bawang Putih, Cili Padi, Serbuk Kari dan Daun Kari. Kacau sehingga naik bau, kemudian masukkan susu cair. Biarkan mendidih dan masukan sesudu kecil tepung jagung untuk bagi pekat lah. Masukkan ayam tadi, kacau-kacau sikit jangan bagi sampai kering kuah. Angkat dan hidang. SIAP! Simple juga kan, Good Luck! :)

Photographed by SizzlingSuzai

xoxo

You Might Also Like

2 comments

  1. sedapnya! ok nak cubeeeee. thanks for the recipe! :D rajin sizzling ni masak. hahah

    ReplyDelete

I'd appreciate any comment with the used of proper words and courteous attitude. TQ so much for viewing, reading and commenting. =)))